Setelah jam menghampiri lapan malam, Haechan segera bersiap untuk pulang. Tetapi, tiba-tiba dirinya dipanggil oleh si pengurus kedai.
"Ada apa bos panggil saya?" tanya Haechan takut-takut.
Dirinya berasa risau melihat wajah pengurusnya yang serius.
Seolah-olah dia bakal dimarahi.
"Haechan, saya nak minta maaf sangat-sangat. Saya bukan nak cakap kerja awak tak bagus. Bagus. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Ada beberapa orang pembeli wanita buat laporan kepada saya yang awak berkelakuan buruk."
"Hah?" Haechan terjerit terkejut.
"Kelakuan buruk apa? Saya mana buat apa-apa. Saya layan saja semua costumer dengan baik."
"Saya betul minta maaf. Tapi, kalau saya tak buat sebarang tindakan kedai ni akan disaman."
"Sekejap, jadi maksud boa, saya dipecat?" teka haechan dengan muka tidak percaya.
Jika dia dipecat, dia mahu makan apa dengan ibunya? Siapa mahu menanggung keperluan mereka anak beranak?
Setan mana yang buat laporan palsu ni? Apa yang dia dengkikan sangat sampai sanggup buat Haechan sekeluarga sebegini?
"Ini duit gaji untuk bulan ni. Terima kasih sebab pernah berkhidmat di kedai kami. Saya doakan awak dapat kerja yang lebih baik."
"Trima kasih bos," ucap Haechan bernada kecewa. Namun apakan daya, hanya pasrah menjadi pilihan.
"Apa salah aku?" soal haechan yang hanya mampu didengarinya sendiri.
Dia berjalan lemah di tepi jalan raya menghala ke rumahnya.
Tidak lama kemudian, hujan turun dan membasahi sekian alam dan juga manusia yang masih berada di luar. Iaitu haechan.
Asyik berjalan sambil termenung di bawah hujan, tiba-tiba dirinya tersadung batu lalu terjatuh.
Haechan menangis.
Dia kini sedang buntu. Buntu bagaimana mahu memberitahu ibunya yang diri dia sudah dibuang kerja.
Bukan senang untuk berbicara dengan ibunya lagi-lagi menggunakan bahasa isyarat yang random. Tidak formal.
Haechan takut ibunya salah faham dan mengamuk jika dia tersilap bicara.
"Maafkan haechan mak."
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfic[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO