Puan lee menjerit sekuat hati sehingga membuatkan jururawat yang mendengar datang lalu menenangkan ibu haechan itu. Manakala puan kim menunduk akibat rasa bersalah.
Beberapa orang jururawat itu meminta puan lee diam namun tidak dipedulikan. Malah jeritan marahnya semakin kuat dan minjung sudah menangis teresak-esak.
Minjung dan ibu tirinya mahu menenangkan puan lee tapi mereka tidak berani. Kerana puan lee boleh berbuat apa sahaja di saat marah tanpa sedar.
Mungkin juga boleh sampai membunuh. Hanya suaminya, satu-satunya manusia yang boleh mengawal emosi puan lee. Haechan juga mampu tetapi tidak sebaik ayahnya.
Akhirnya puan lee diam setelah semakin didesak untuk tidak bising kerana boleh menganggu pesakit lain.
"Kau dengan anak kau sama saja! Pembawa sial! Dulu kau penyebab suami aku mati, sekarang anak kau pula buat anak aku macam ni! Lepas ni, aku dah taknak nampak muka kamu berdua. Terutama kau!"
Puan lee menuding jari ke arah minjung.
Puan kim hanya diam tidak berkutik. Kerana dia tidak tahu mahu menjawab apa. Apa yang dicakapkan puan lee benar belaka.
"Aku- minta maaf jayeon. Minta maaf sesangat. Lepas ni, aku janji kami takkan ganggu keluarga kau lagi," ujar puan kim dalam bentuk isyarat.
"Maaf ? Jadi kos perubatan anak aku macam mana?" balas puan kim berserta suaranya yang kuat.
Ibu haechan, apabila membuat bahasa isyarat memang berserta dengan bunyi yang tidak difahami dari mulutnya.
Bagi haechan, ibunya tidak bisu. Cuma tidak mampu untuk menyebut apa yang mahu dikatakan. Itu sahaja.
"Aku akan bayar nanti. Jangan risau."
"Bagi aku duit. Anak aku dah masuk hospital, siapa nak bagi aku duit untuk makan?" signal puan lee sambil menjeling.
Puan kim melangkah mendekati ibu haechan dan menyerahkan wang.
Wang itu dirampas kasar.
"Dah! Berambus sana!" halau puan lee.
"Baik."
Puan kim berpusing dan melangkah laju ke arah minjung.
"Jom balik," arah puan kim lalu menarik kuat kasar tangan minjung.
***
Maaf sbb lmbt hapdet. Lately ni busy skit ditmbhkan lgi mood utk naip tu pandai hilg ;-;
Ouh ya, aku nak tanya. Korang nak ending yg happy atau sad utk story ni? sbb aku ada dua " idea utk both ending tu then tktau nk plih mna stu ಥ‿ಥ
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO