"Mak, haechan pergi dulu erh? Doakan haechan dapat kerja ya mak!" ujar haechan bersemangat dengan sudah berpakaian kemas.
Hari ini ialah hari sabtu, hari cuti. Jadi memang tiadalah cikgu akan cari.
Puan kim tersenyum lalu mencium dahi anaknya. Pipinya anaknya diusap lembut.
"Mestilah."
"Sayang mak! Haechan pergi dulu keyh?" ucap haechan lalu bergerak ke pintu rumah.
Tok tok tok !
Belum sempat haechan ingin membuka pintu, sudah ada ketukan dari luar. Lalu dia pun membuka.
"Hai haechan!"
Haechan terkedu. Terkejut melihat kehadiran minjung di depannya kini.
"Ka-kau buat apa kat sini? Macam mana kau tahu ni rumah aku?" tanya haechan bertalu-talu akibat kehairanan yang teramat.
"Well, aku datang mestilah bersebab. Tapi sebelum tu, taknak ajak tetamu masuk ke?" ujar minjung sambil tangannya mengipaskan diri. Padahal cahaya matahari belum lagi mengenai dirinya sudah kepanasan di luar.
Seketika haechan berasa menyampah.
"La, buat muka menyampah pulak. Cepatlah. Nak bagi aku masuk ke tak? Ada hal mustahak ni."
"Yelah yelah. Masuklah," pelawa haechan terpaksa lalu membuka pintu lebar.
"Maaf. Rumah aku takde sofa atau kerusi kat ruang tamu. Duduk atas lantai je," ujar haechan kasar dan sedikit malu.
Yalah, walaupun haechan bencikan gadis itu, tapi dia tetap merasa segan kerana gadis itu dari keluarga kaya. Mana biasa dengan persekitaran miskin ini.
"Takpe. At least beralas tikar. Dari takde? Kan kotor nanti seluar mahal aku ni."
"Pompuan ni, sempat pula dia berlagak. Kalau aku tau aku dia masih camni, aku dah seksa dia habis-habisan," bisik hati haechan.
"Kau duduklah dulu. Aku bagitau mak aku ada tetamu dan buatkan air."
"Erh takyah takyah. Aku dah kenyang. Takpe. Korang tu kena berjimat."
"Kau datang ni ada hal mustahak ke nak menyindir?" soal haechan,mula panas hati.
Minjung yang sudah duduk memandangnya.
"Terasa ke? Aku takde niat nak menyindir pun cakap macam tu. Perasan. Tch," balas minjung sambil menjeling haechan. Kemudian dengan selambanya bermain telefon.
Haechan mengetap gigi geram lalu segera menemui ibunya yang berada di dalam bilik.
"Erh, tadi kata nak pergi cari kerja? Kenapa patah balik?"
Ibunya yang sedang membaca meletakkan buku ke tepi.
"Bukan patah balik. Tadi masa baru nak keluar tetiba ada tetamu datang."
"Siapa?"
Haechan terdiam. Bagaimana dia mahu memberitahu jika tetamu itu ialah orang yang pernah menghina ibunya tempoh hari?
Sudah pasti ibunya tidak akan menerima minjung sebagai tetamu.
"Err-"
"Bagitahu saja."
"Perempuan tak beradap tempoh hari."
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfic[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO