"Minjung."
"Apa?"
Minjung berhenti makan dan mengangkat kepalanya. Lalu memandang ibu tirinya yang duduk serta di meja makan.
Wajah ibu tirinya ditatap dengan muka biadap.
Yalah, untuk apa dia hormat perempuan itu? Muka tiga talam kan?
"Berhenti dekat dengan budak lelaki tu dan putuskan hubungan antara kau dengan dia."
"Siapa? Haechan?"
"Kau nak aku cakap anak lelaki si bisu tu baru kau faham?"
Minjung menggigit bibir. Betapa geramnya dia dengan ibu tirinya ini.
Makanan sedap dihadapan mata ditolak ke jauh darinya kerana seleranya sudah hilang. Kemudian dia menatap tajam ke puan kim.
"Kau, siapa nak halang aku?" soal minjung dan kini dia memang langsung tidak mahu beradap dengan ibu tirinya itu.
"Tinggalkan dia. Kalau kau ikut cakap aku, aku akan jaga kau dengan seikhlas hati aku. Kau tak malu ke datang rumah orang hari-hari dan tergedik-gedik minta kasih sayang dari mak orang? Tak malu?"
"Takkan. Lagipun aku memang dah tiada mak. Jadi apa salahnya menumpang kasih sayang dari mak orang? Kalau mak orang tu pun sayangkan kita? Bukan macam perempuan depan aku ni-"
"Jaga mulut kau!"
"Puan park jisoo, erh salah. Puan kim jisoo, walaupun puan dapat ambil hati ayah min, tapi tidak dengan saya. Sekian," ujar minjung sambil tersenyum perli lalu bangun dari kerusinya.
"Sebab kau aku hilang selera makan!" marah minjung sebelum pergi meninggalkan dapur.
"Aku sayang kau minjung. Kenapa buat aku macam ni?" tanya puan kim, kepada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO