☂︎ + 16

197 63 20
                                    

Haechan ketawa.

"Simpan sajalah angan-angan kau yang takkan termakbul. Kita, jauh berbeza. Kau bayangkan lah, aku sangat mencintai hujan. Jadi, aku pasti mahu membuat perkara yang aku cintai dengan orang yang aku cintai juga. Tapi, bagaimana aku nak buat semua tu dengan kau, si pembenci hujan?"

"Aku bukan benci hujan haechan. Aku cuma fobia. Bukan aku yang minta untuk dapat penyakit ni."

"Dahlah. Buang masa saja kita bercakap benda yang takkan bawa apa-apa. Baliklah. Aku maafkan kau," ucap haechan sambil tersenyum nipis lalu mengambil beg dan keluar daripada kelas.

Manakala minjung, si gadis yang baru saja ditolak, masih terkesima. Dia, seperti belum dapat memproses apa yang dikatakan haechan.

"Sebab penyakit aku, kau tolak aku mentah-mentah?"

Minjung segera mengambil begnya dan mengejar haechan yang sudah jauh.

"HAECHAN!" jerit minjung tetapi tidak dipedulikan oleh lelaki itu. Malah dia terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

"HAECHAN! AKU SANGGUP LAWAN PENYAKIT AKU UNTUK KAU!" jerit minjung sekali lagi dan kini baru lelaki itu menoleh kepadanya.

Haechan membuat muka tiada riak dan membuat isyarat tangan, "Untuk aku?"

Minjung mengangguk. Dia tahu apa yang dia cakap itu memang gila. Sumpah gila.

"Minjung, jangan sebab cinta kau jadi buta. Penyakit kau bukan hal kecik atau main-main. Ni melibatkan nyawa kau."

"Ya aku tahu. Jadi aku minta tolong-" percakapan gadis malang itu terhenti apabila haechan berlari meninggalkannnya secara tiba-tiba.

***

"Aku, memang tak layak untuk bahagia. Mama, maafkan min sebab tak kuat untuk lawan sakit ni, hiks."

Air matanya jatuh apabila mengenangkan peristiwa hitam yang berlaku kepada ibunya semasa dia berumur 10 tahun.

Disebabkan kebodohannya yang ingin makan aiskrim sewaktu hujan, disebabkan keras kepalanya, ibunya mati kemalangan akibat kegagalan brek kereta berfungsi semasa hujan lebat turun membasahi jalan raya.

Entah apa yang ingin dielakkan ibunya sehingga terbabas ke dalam sebuah parit besar di tepi jalan raya.

Sejak dari peristiwa itu, dia menjadi sangat takut dengan hujan. Sangat takut. Sehinggakan baru melihat awan hitam sudah membuatkan dirinya gelisah dan tidak tenang.

Lagi-lagi apabila hujan langsung tidak berhenti selama lima jam setelah ibunya kemalangan.

Sungguh, sangat mengerikan sehingga membayangkan sahaja sudah membuatnya berasa sesak nafas.

"Tak guna."

Nafas minjung mula tersekat-sekat. Degupan jantungnya sudah semakin laju.

Minjung berusaha sedaya-upaya membongkar laci-laci mejanya untuk mencari ubat penenang.

"A-anty-" minjung ingin memanggil ibu tirinya namun tidak mampu.

Akhirnya, minjung hilang kesedaran.

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now