☂︎ + 12

198 66 14
                                    

"Mak, haechan dah dapat kerja!" ucap haechan lalu segera memeluk ibunya.

"Apa?"

Haechan menepuk kepala sendiri. Dia terlupa pula ibunya...

"Tadi, minjung datang sebab nak bagi tawaran kerja kat cafe mak ciknya."

Puan kim melongo.

"Seriuslah?"

"Ya!"

Haechan melompat gembira dan memeluk ibunya dengan erat.

Dia bersyukur sangat. Kerana pemilik cafe merangkap mak cik minjung itu sangat baik dan memberikan sebuah basikal kepadanya untuk berulang-alik pergi dan pulang. Dan juga boleh digunakan untuk ke sekolah pastinya.

Tetapi, disebalik kegembiraannya, terselit satu kehairanan.

Kenapa, gadis yang sangat memandang rendah kepada mereka anak beranak, sanggup menolong mereka? Sepertinya ada suatu agenda di sebalik kebaikan minjung.

"Arh pedulilah. Yang penting mak gembira," ucap haechan dalam hati sambil tersenyum lebar.

Pak!

Bahu haechan ditepuk perlahan.

Haechan melepaskan pelukan pada ibunya.

"Kenapa?"

"Berdoalah. Semoga tuhan turunkan hujan. Mak rindu nak main hujan dengan haechan."

Haechan mengangguk laju.

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now