☂︎ + 14

197 64 19
                                    

"Ada apa?" soal minjung sebaik sahaja duduk berhadapan dengan haechan, si lelaki idamannya.

Entah apa yang menariknya pada haechan sehingga berjaya membuatkannya jatuh cinta kepada lelaki tersebut.

Tapi, di mata gadis itu, segala apa yang ada pada haechan hanyalah cantik dan baik belaka. Tiada satu perkara buruk pun yang dia nampak ada pada diri haechan.

"Aku nak kau jawab dengan jujur," ucap haechan lalu berdiri.

Haechan seperti sakit kepala kerana kerap memicit dahinya dan mundar mandir.

"Ka-kau okey ke tak ni?" soal minjung risau dan tangannya spontan menyentuh dahi lelaki di hadapannya.

"Arh tak payah peduli aku okey ke tak. Yang aku nak, cuma nak kau jawab dengan jujur soalan aku."

"Apa dia?"

"Kau kan, yang buat aku kena buang kerja dari kedai seven eleven tu?" tanya haechan dan merenung tajam ke dalam anak mata gadis di hadapannya.

Sungguh, ikutkan hati, mahu saja dia membunuh gadis ini kerana sebab dia, ibunya menangis dan dirinya dipukul berkali-kali.

Semua itu sumpah sakit. Tapi gadis itu, mana tahu erti sakit bukan? Yang dia tahu hanya menikmati kehidupan senangnya.

Minjung terkejut. Sumpah terkejut. Di dalam fikirannya kini hanya ada satu persoalan. Bagaimana haechan tahu?

Dan ini ialah petanda buruk yang dia takkan dapat bersama haechan.

"Jawablah bodoh!"

Tubuh minjung yang kaku ditolak haechan.

"Hoi, ada mulut manfaatkanlah. Jawab. Betul atau tidak?" gesa haechan sekali lagi dengan suara yang sudah berubah keras.

Minjung yang berasa takut mulai mengundurkan dirinya sehingga bersandar pada dinding kelas.

Sungguh, dia takut. Minjung tidak mahu kebenaran terbongkar.

"Baik kau jawab sekarang sebelum aku seksa kau macam dulu. Nak?" ugut haechan lalu tersenyum sinis.

"Kau nak aku mati?"

"Why not? Kau hidup menyusahkan orang je. Kau tak fikir ke, apa perasaan aku bila kena berhenti kerja atas kesalahan yang aku tak buat? Kau tahu tak, aku paling benci tengok air mata mak aku jatuh? Aku sendiri tak pernah buat mak aku menangis. Tapi sebab kau, mak aku menangis dan aku kena tampar. Kau ingat tak sakit?" ujar haechan dengan muka yang merah.

Jelas sekali, haechan sedang menyimpan marahnya kini.

"A-aku buat bersebab-"

"SEBAB APA GILA?!"

Haechan mengunci kedudukan minjung dengan meletakkan kedua belah tangannya di kedua- dua sisi gadis itu. Manakala, minjung sudah menggigil ketakutan di saat haechan menengking kuat di depan wajahnya.

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now