Tik
Tik
Tikk
Rintikan hujan yang asalnya hanyalah rintik-rinyik, kini mulai jatuh dengan lebat dan laju.
"Hae- haechan," minjung yang berada di belakang sudah mula gelisah dan memanggil nama haechan.
"Min- tarik nafas dalam-dalam. Tarik, hembus," arah haechan dan arahannya dituruti. Tetapi, gadis itu semakin menguatkan pelukannya pada perut haechan.
"HAECHAN!" jerit minjung terkejut akibat hujan yang mulai turun selebat-lebatnya. Seolah-olah air hujan itu bagaikan hujan batu yang bakal menghentamnya.
Haechan yang sudah panik mengayuh laju basikalnya dengan berhati-hati sehinggalah mereka selamat berlindung di sebuah perhentian bas.
Tapi, keadaan minjung tetap sama.
Setelah mereka sudah duduk di kerusi perhentian, haechan segera mencari ubat penenang dan air dari beg gadis itu.
Belum sempat haechan mahu menyuapkan ubat ke mulut kekasihnya, minjung menarik tangannya dan memakan ubat itu.
Seketika haechan tergamam apabila bibir gadis itu bersentuhan dengan tapak tangannya.
Botol air yang sudah sedia berbuka diteguk laju oleh gadis itu.
"Haechannie, tolong."
"A-apa?"
Haechan masih terkedu dan terkejut akibat kejadian kecil tadi. Bodoh dasar lelaki. Maaf authorin nyampuk jap.
"Peluk aku? Aku takut," ujar gadis itu dengan suara perlahan. Bukan lah volume suaranya perlahan, tapi bunyi atap dihentam hujan itu yang hampir mahu menenggelamkan suaranya.
Jaket yang kebetulan ada di dalam beg gadis itu diambil lalu digunakan untuk menutup kepala serta telinga minjung dan selepas itu barulah dia memeluk gadis itu. Erat.
"Sejuk tak?" tanya haechan risau dengan badan gadis itu yang menggigil tidak berhenti.
Minjung mengangguk perlahan.
"Tahan okey? Ingat aku ada dengan kau. Tiada perkara buruk yang akan jadi kalau kau dengan aku. Faham?" ujar haechan lembut untuk menenangkan gadis itu.
Sekali lagi gadis itu hanya mampu mengangguk di dalam dakapan haechan.
Tiba-tiba, sebuah kereta yang sudah melepasi mereka mengundur balik dan berhenti di depan perhentian. Haechan tidak mengenali kereta itu apatah lagi pemiliknya. Jadi haechan hanya mampu berharap orang itu berhenti kerana ingin membantu mereka balik. Terutamanya minjung.
Haechan hanya duduk dan menunggu pemilik kereta itu keluar. Tapi tidak. Orang itu hanya membuka tingkap dan menunjukkan wajahnya.
"Min, min, siapa tu?" haechan memanggil minjung.
Minjung mengangkat kepalanya memandang ke pemilik kereta itu.
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO