☂︎ + 26

183 63 21
                                    

"Kenapa kau panggil aku ke sini?" tanya minjung hairan dirinya diajak untuk datang ke taman bersebelahan cafe mak ciknya.

Haechan hanya tersenyum dan menarik tangan gadis itu lalu membawanya duduk di sebuah kerusi panjang yang ada di taman itu.

"Ke-kenapa ni haechan?" tanya minjung sekali lagi kerana sudah mula merasa gugup. Kini jantungnya sudah berdetak tidak keruan. Membuatkan tuan empunya diri tidak tenang.

"Relaks dan tutup mata kau. Boleh?" ujar haechan.

Minjung mengerutkan dahinya.

"O-okey." Minjung menurut.

Tidak lama kemudian, tubuhnya merasa seperti dipeluk dan kedengaran suara nafas haechan di telinganya.

Minjung sedaya upaya menahan dirinya yang sudah tidak keruan menahan debaran akan apa yang bakal lelaki itu buat.

"Cause i'm a field of dandelions, wishing on everyone that you'd be mine, mine~
And i see forever in your eyes, i feel okay when i see you smile, smile~

Wishing on dandelions all of the time,
Praying to god that one day you'll be mine,
Wishing on dandelions all of the time, all of the time."

Jantung milik gadis cantik itu seperti mahu berhenti berdetak kerana terlalu terkejut mendengar suara indah yang tidak pernah dia dengari.

"Sekarang, tuhan dah makbulkan doa kau," ucap haechan perlahan dan lembut tepat pada telinga gadis itu.

Minjung membuka mata dan sekali lagi terkejut dengan bunga kegemarannya. Iaitu dandelion yang dihulurkan oleh haechan kepada dirinya.

"Sekarang, baru aku tahu kenapa kau suka sangat lagu ni, dan aku selalu nampak kau akan dengar lagu ni berulang-kali setiap kali hujan. Betul?" ujar haechan dan bunga itu masih berada di tangannya.

Gadis itu sangat terkedu sehingga tidak tahu hendak berbuat apa.

Haechan tertawa kecil lalu bunga itu diselitkan ke telinga putih minjung.

Wajah minjung terus merona merah lalu menunduk.

"Hiks." Gadis itu menangis tanpa ia sangka.

"Hei, kenapa kau nangis?" soal haechan pelik sambil tertawa kecil.

Tubuh kecil gadis itu dipeluk dan kepala minjung berada di bawah dagunya.

Rambut gadis itu dielus perlahan.

"Kau patutnya gembira, lepas ni aku akan cuba bawak kau keluar dari dunia ketakutan kau dan kita akan bermain hujan bersama."

***

Aku sendiri taip sendiri geli hahahshs

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now