"Hmm?"
Minjung tersedar kerana merasakan sesuatu yang kurang pada tubuhnya.
"Bangun," puan lee membangunkan minjung.
"Patutlah sejuk," ujar minjung dalam hati setelah mengetahui rupanya selimut dia sudah diambil.
Ops, salah. Bukan selimut dia. Tapi selimut milik puan lee.
Dengan keadaan yang masih mamai minjung bangun.
Kemudian dia meregangkan badannya.
"Macam mana? Dah ok? Tak sakit apa-apa lagi?" puan lee bertanya, risau.
"Ok. Tapi macam mana, saya boleh tertidur semalam?" tanya minjung dan nampaknya dia sudah mula mahir menggunakan bahasa isyarat tidak formal itu.
"Haechan, dia menyanyi untuk kamu."
"Hah? Seriuslah?" minjung melongo tidak percaya.
Sedap sangat ke lagu tu dengan suara haechan sampai dia boleh tertidur? Wow, sungguh dia tidak menyangka haechan pandai menyanyi juga. Kerana, dia langsung tidak pernah mendengar lelaki itu berlagu.
Tiba-tiba, muncul suatu penyesalan di benaknya.
"KENAPA AKU BONGOK SANGAT SAMPAI TERTIDUR? KAN AKU DAH TERLEPAS NAK DENGAR DIA MENYANYI!" raung gadis itu yang hanya mampu dibuat dalam hati.
Riak wajahnya sungguh menampakkan sebuah penyesalan.
Puan lee ketawa kerana dia memahami apa yang difikirkan gadis itu.
Puan lee sebenarnya boleh mendengar. Tetapi itu pada 30 tahun yang lalu.
"Dahlah, jangan menyesal. Nanti mak cik suruh dia menyanyi untuk kamu ya?" pujuk puan lee.
Wajah minjung terus bertukar menjadi gembira.
"Betul? Janji erh mak cik?"
"Janji. Dahlah. Jom turun cuci muka lepas tu makan," pelawa puan lee lalu keluar dari bilik itu.
Manakala, gadis dibelakangnya sedang melompat girang dan tersenyum panjang.
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO