"Min."
"Ya?"
Minjung menatap haechan yang duduk di sebelahnya.
"Minta maaf," ucap haechan perlahan sambil menatap minjung kembali.
"Untuk apa?"
Minjung tertawa perlahan, hairan dengan ucapan maaf yang keluar dari mulut haechan.
Haechan tersenyum melihat tawa minjung. Lantas tangannya mula menyentuh pipi kiri gadis itu.
"Mak aku, mesti ada cakap something kat kau kan? Aku harap, kau tak ambil hati sangat. Sebab, kau tahulah kan masa tu mak aku tengah marah, emosi, sebab tu dia cakap macam tu. Maaf," ucap haechan sambil menatap mataku dalam.
"Takpe. Aku faham," balas minjung. Tapi disebalik celah hatinya, terdapat sebuah kerisauan ataupun rasa seperti tidak sedap hati. Dia tidak rasa, hubungan mereka akan baik-baik saja selepas ini.
"Thanks," ucap haechan seraya mengusap-usap pipi minjung.
Lama-kelamaan, kerisauan di hati minjung semakin kuat apabila haechan banyak berdiam dan asyik memandangnya.
"Your-"
"Oi kamu berdua disana!"
Minjung dan haechan berpaling terkejut ke arah suara sergahan tadi.
Dahi minjung berkerut.
"Erh, kau? Jadi sebab lelaki ni lah kau menangis hari tu? Oh," ujar lelaki itu selamba sambil bersandar pada dinding bangunan sekolah.
Minjung masih berdiam tetapi dia menatap tajam pada lelaki yang dia pernah jumpa di kafe entah berapa minggu yang lalu.
"Erk, maaf kalau kehadiran saya menganggu moment indah kalian berdua," ucapnya lalu menunduk maaf dan pergi.
"Siapa tu?" tanya haechan.
"Tak tahu."
"Tapi dia cakap kau menangis kat kafe. Betul?"
"Ya. Aku menangis sebab kau. Okey tu je dan jangan tanya apa-apa lagi pasal lelaki tu sebab aku memang tak kenal dia. Boleh?" pinta minjung.
Haechan mengangguk faham.
"Weekend ni, kau free tak?"
"Kenapa?" soal minjung sambil mula berasa tertarik dengan soalan haechan itu. Seperti ada perkara menarik yang bakal berlaku.
"Adalah."
Minjung mencebik.
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfic[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO