☂︎ + 35

175 64 50
                                    

"SHIBAL! SEBAB KAU JUALAN AKU TAK LAKU!" satu teriakan mengejutkan semua penjual yang berada di tapak pasar itu.

Haechan dan minjung berpaling laju mencari punca suara.

Kini, mereka sangat terkejut.

"KAU DAH KENAPA? GILA? DAH DORANG NAK MEMBELI DENGAN AKU. TAKKAN AKU NAK HALAU DORANG PEGI TEMPAT KAU? BODOH!"

"ARGHH SEBELUM KAU DATANG MENJUAL KAT SINI SEMUA JUALAN AKU LAKU ARH!"

"Haechan, jom pergi cepat," pinta minjung takut. Kerana dua penjual yang bergaduh itu cuma bersebelahan dengan tapak jualan mereka.

Dia khuatir jika berlaku suatu perkara yang tidak diyakini kepada mereka.

"Ya ya jom. Jangan lupa bawa beg tu," arah haechan sambil memegang seplastik sayur.

"Ouh okey," balas minjung dan seketika dia terlupa bahawa sedang hujan akibat keributan dari gerai sebelah.

"KAU NI MEMANG CONFIRM DAH GILA!"

"MEMANG AKU GILA! ARGH!"

Pisau dapur yang melekat di atas meja ditarik lalu dilemparkan kepada orang yang dicemburuinya.

Namun, lelaki kedua itu pintar mengelak lantas lemparan pisau itu mengarah ke arah seorang gadis.

"HAE- HAECHAN!"

"Argh-" haechan mengerang kesakitan lalu jatuh terduduk di tanah akibat pisau yang tertikam di tepi perutnya.

"HAE- HAECHAN! WOI SETAN!" jerit minjung kepada lelaki yang melempar pisau itu sambil memangku kepala haechan.

"A-aku tak sengaja!"

"Aku pun!"

Akhirnya kedua-dua lelaki tersebut melarikan diri tanpa membantu mereka.

"Dek, bawa dia berlindung dulu. Mak cik call ambulan," ujar seorang mak cik penjual buah.

"Terima kasih makcik," ucap minjung lalu kembali memandang haechan.

"Haechan, tahan. Aku tahu kau kuat," ucap minjung bagi menenangkan haechan dan menahan darah yang keluar membuak-buak dari perut teman lelakinya itu.

Haechan hanya diam sambil mengerang kesakitan dalam diam.

"Minjung, tahniah. Tak sia-sia, aku kena tikam. Asa-asalkan kau dapat sembuh," ucap haechan dengan suara tersekat-sekat.

Minjung terkesima. Dia terdiam seraya memandang sekeliling. Ya, dia terlupa bahawa sekarang sedang hujan dan dia langsung tidak memiliki sekelumit pun perasaan takut kepada hujan.

Ini semua kerana dia lebih takut dan risau akan keadaan haechan, daripada hujan yang pernah membuatnya takut hampir tujuh tahun.

***

Thank you so much to durian. Klau bkn sbb durian tedanya aku dpt idea nk update mlm ni hshs

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now