☂︎ + 25

183 61 10
                                    

"Arh!" puan lee terjerit kecil kerana bahunya dicuit tiba-tiba lalu memandang ke belakang.

Minjung tertawa melihat riak terkejut puan lee.

Puan lee membesarkan mata dan memuncungkan mulutnya tanda geram.

Sekali lagi minjung ketawa kerana wajah ibu haechan saat ini sangat comel. Kerana usia ibunya haechan bukan tua sangat. Baru 36 tabun.

"Sorry sorry. Ma cik sambunglah cuci pinggan dulu," ujar minjung dengan sedikit rasa bersalah yang menyinggah. Puan lee lantas membuat isyarat tangan ok '👌'

"Hah kenapa?" tanya puan lee setelah selesai.

"Boleh tak kalau minjung nak lepak dekat rumah ma cik hari ni? Kalau kat rumah bosan," ujar minjung sekaligus merungut.

Yalah, di rumahnya pun bukan ada siapa-siapa. Cuma orang gaji dan ibu tiri yang amat dibencinya.

"Boleh, tapi kena bagitahu ayah kamulah dulu."

"Dah."

"Oh ya, haechan mana? dari tadi tak nampak?" tanya minjung dan dia sebenarnya hampir terlupa untuk menanyakan soalan itu.

"Erh? Takkan kamu tak tahu setiap pagi sabtu dan ahad haechan ikut berniaga dengan kawan dia di pasar?"

"Tak." minjung tertawa janggal. Kerana dia sememangnya baru tahu. Dia tidak tahu pula kalau begini bersusah-payahnya haechan bekerja untuk menyara keluarga kecilnya.

Sungguh dia tidak menyangka. Dan nampak sangat yang dia tidak terlalu mengambil berat tentang haechan. Minjung berasa kecewa dengan dirinya seketika.

Tiba-tiba, dagunya disentuh dan didongakkan.

"Kenapa sedih ni? Kalau nak lepak dengan ma cik tak boleh sedih. Mesti gembira. Okeyh?"  pujuk puan lee seolah-olah dia memahami apa yang menganggu fikiran anak gadis itu.

Minjung tersenyum dan sedikit terpesona dengan senyuman di wajah puan lee. Aura keibuan itu sangat terpancar pada wajah ibu haechan.

"Dahlah. Jom, ikut ma cik berkebun kat belakang," ajak puan lee lalu membawa gadis itu ke belakang rumah dan berkebun bersama.

Sungguh, hari ini ialah hari paling mengembirakan bagi minjung kerana dapat meluangkan masa dan menumpang kasih sayang ibu yang tulus daripada puan lee.




hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now