Baru jam 9 pagi, hujan sudah turun dengan selebat-lebatnya.
Haechan hanya duduk termenung di dalam kelas. Matanya asyik melihat setiap rintik hujan yang jatuh sambil hidungnya menghirup nyaman bauan tanah yang naik. Lagi terasa nikmat apabila dia duduk di tepi jendela dan berdekatan dengan tanah kerana kelas mereka di tingkat paling bawah.
Ketenangan yang dialami haechan mampu membuatkan haechan seperti mabuk dan tidak sedar akan keadaan sekeliling.
Semua masalah dan tekanan juga hilang.
Itulah nikmatnya jika mencintai hujan. Kerana hujan takkan mengecewakan manusia. Lainlah kalau mencintai seorang manusia, pasti ada peluang untuk dikecewakan.
Tetapi, tiba-tiba haechan teringatkan gadis si fobia hujan itu.
Dia berpaling lalu melihat ke tempat duduk minjung.
Gadis itu kelihatan seperti sedang tidur dengan headphones di telinganya.
Haechan seketika terbayang betapa kuatnya volume yang terpaksa dipasang oleh gadis itu untuk menenggelamkan bunyi hujan.
Oh ya, gadis itu juga bergantung kepada ubat. Jadi, mungkin kesan fobia itu tidaklah terasa sangat.
Kadangkala, haechan juga berasa kasihan terhadap penyakit yang dihadapi oleh minjung. Tapi, apakan daya. Dia bukan doktor untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.
"Huh," keluhan dilepaskan. Lantas kembali berpaling dan menikmati masa kelas yang tiada guru sambil ditemani hujan.
***
Thank you sbb sudi singgah bca dan sedekahkan vomment. Maybe la hahahshs. Aku nk mnta maaf sbb tk dpt publish bila dh complete sbb aku tktau bila citer ni nk hbis. Asalnya nak buat shortfic, last " ii jdi pnjg (╥﹏╥) jdi aku publish dlu la draft yg ada
so esok aku publish lgi keyh?
Thank you for your support and stay tune juseyo <3
Erhhh, nk mnta tolg leh? tolg promot citer ni kt mb korg 🥺
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fiksi Penggemar[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO