☂︎ + 22

178 62 18
                                    

Jam 8 malam. Minjung datang dengan dihantar oleh ayahnya.

"Haechan, jaga min bebaik ya."

"Ok."

Setelah itu ayah minjung pun pergi.

"Jomlah masuk. Sejuk," ujar minjung lalu masuk ke dalam rumah haechan dahulu.

"Hai mak cik! Masih ingat saya tak? Kim minjung?" tanya minjung sambil membuat isyarat tangan yang dia rasakan ibu haechan boleh faham. Ternyata ya.

Ibu haechan mengangguk sambil tersenyum.

"Kamu datang untuk belajar dengan haechan kan?" tanya ibu haechan.

"Ya."

"Oh baiklah. Tapi, kamu jangan bergaduh ke apa ya? Jangan campurkan hal peribadi dengan pelajaran. Faham?"

Minjung terkedu sebentar. Dia agak terkejut kerana ibu haechan juga tahu tentang hal yang terjadi antara dirinya dan haechan.

Akhirnya minjung mengangguk dengan senyuman nipis.

Selepas itu, puan lee meninggalkan dua manusia itu di ruang tamu.

"Haechan, tak takyah cari bantal. Aku boleh je duk atas lantai," ujar minjung kerana melihat haechan bersungguh-sungguh mencari bantal untuk dijadikan lapik duduk kepadanya.

"Ingat aku ni cerewet sangat ke? Tch. Dia ingat aku sama mungkin dengan orang kaya macam dalam drama tu," rungut minjung dalam hati.

"Ouh, ok."

Haechan pasrah lalu meneruskan kerja berkumpulan mereka seperti biasa sehinggalah...

"HAE-HAECHAN! HUJAN!" jerit minjung apabila hujan lebat tiba-tiba turun dan menghentam bumbung zink rumah.

"UBAT KAU MANA?" tanya haechan kuat berserta panik kerana hujan terlalu kuat dan hampir menenggelamkan suara mereka.

"AKU LUPA BAWA," balas minjung sambil menutup telinganya. Manakala tubuh gadis itu sudah menggeletar ketakutan.

"Ke-kejap!" Haechan bangun dan cuba untuk mengangkat gadis itu dengan gaya bridal style.

Dia takut jika simptom-simptom gadis itu akan bertambah dan menjadi teruk.

"KAU NAK BUAT APA NI?" tanya gadis itu panik dan takut.

"ANGKAT KAU LAH GI BILIK MAK AKU. KAT SANA ADA SILING JADI BUNYI HUJAN TAK KUAT SANGAT."

Minjung mengangguk setuju lalu membiarkan dirinya didukung oleh haechan.

Tok-

Belum sempat haechan mahu mengetuk pintu bilik ibunya, puan lee sudah membuka pintu dahulu.

Riak wajah ibunya yang terkejut dibiarkan dan haechan terus menerjah masuk.

Dia pasti ibunya akan faham kerana dia pernah menceritakan penyakit minjung kepada ibunya.

"Tolong dia cepat!" ujar ibunya panik juga.

Haechan mengangguk lalu membaringkan gadis itu di atas tilam ibunya.

Minjung terus memakai selimut dan bersembunyi di dalamnya sambil menekup telinganya dengan tangan serta bantal puan lee.

Dia tidak peduli apa-apa sekarang. Apatah lagi malu. Apa yang penting dia tidak mahu mati di rumah haechan.

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now