"Mak, maafkan haechan. Haechan minta ampun sangat-sangat," rayu haechan.
Haechan ingin memegang tangan ibunya untuk meminta maaf tetapi ditolak.
"Hmm!"
Puan lee berpusing membelakangi anaknya tanda tidak mahu mendengar permohonan maaf anaknya.
Haechan mendekat dan memeluk ibunya dari belakang.
Sungguh dia menyesal yang amat kerana menceritakan tentang hal yang terjadi antara dirinya dan minjung.
Ibunya sangat marah apabila mendapat tahu anaknya menolak si gadis yang menyukainya.
"Mak!" panggil haechan dan menggoyang-goyangkan tubuh ibunya yang langsung tidak mahu memandang dirinya.
Akhirnya haechan sendiri pergi berhadapan dengan ibunya.
"Mak, haechan minta maaf. Tapi kenapa mak marah sangat? Haechan cuma taknak bercinta buat masa ni. Itu saja," jelas haechan.
Puan lee membuat muka menyampah.
"Ya. Mak tahu kamu tiada perasaan kepada minjung. Tapi, perasaan tu boleh dipupuk kan? Kalau kamu nak dia menyukai apa yang kamu suka, ajarlah dia, bimbing dia keluar dari fobia dia. Bukan biarkan dia terus terperangkap dalam sakit dan terus kecewa dengan kamu!" ujar puan lee lalu terus bangun meninggalkan anaknya.
Manakala haechan terkedu di tempatnya.
Tiba-tiba, langkah puan lee terhenti dan berpusing memandang anaknya.
"Nama saja kamu sekolah tapi bodoh!"
Marah ibunya disamping menyindir.Lantas ibunya terus keluar dari biliknya.
"KAU, HAECHAN BODOH!"
Haechan mengutuk dirinya sendiri dan sedaya-upaya berfikir bagaimana mahu berhadapan dengan minjung.
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO