"Tak sangka kan oppa, min terlampau menghayati cerita tu sampai termimpikan cerita tu," ujar minjung lalu ketawa.
Tapi dalam masa yang sama dia juga sedih. Dia rindu mahu bersama watak fiksyen haechan, mark, jisoo, lisa dan semua watak dalam cerita fanfiction hujan itu.
"Tu lah, nankali jangan feeling sangat. Dahlah nama watak utama tu pun nama minjung. Apa taknya," minhyung juga turut ketawa.
Kepala adiknya diusap manakala minjung memeluk lengan minhyung erat tanpa memperdulikan pandangan orang sekeliling yang melihat mereka.
"Tapi oppa, min bingunglah. Min, fobia hujan ke?"
"Haih takkan min hilang ingatan kot?"
Kepala minjung diketuk beberapa kali. Konon-konon untuk mengembalikan ingatan gadis itu.
"Hehe," minjung tersengih. Tapi ya memang betul. Dia kini langsung tidak dapat ingat sama ada dia betul-betul fobia atau tidak. Dia bingung. Tidak dapat membezakan antara realiti dengan mimpinya.
"Tak."
Akhirnya mereka sampai juga ke kafe yang ingin ditujui.
"Tapi oppa, macam mana oppa tau min termimpikan cerita hujan tu?"
"Masa min koma, min bercakap tanpa sedar. Dan apa yang min cakap, serupa 100 peratus dengan jalan cerita tu. So-"
Mulut minhyung segera ditekup sebelum percakapannya dilanjutkan. Muka minjung kini sudah membahang merah membayangkan abangnya yang telah mendengar semua dialog yang diucapkannya semasa koma.
"Jangan sambung! HUWAAA MALU GILA!" minjung menjerit malu sambil menyembamkan wajahnya ke meja.
Minhyung hanya ketawa. Lagi-lagi apabila mengingati minjung menangis, bermanja dengan haechan di dalam mimpinya semasa koma.
"Maaf lambat. Ni menu kami untuk hari ini. Jadi encik dengan cik nak pesan apa?"
Minjung segera mengangkat kepalanya apabila mendengar pelayan sudah datang kepada mereka.
Tetapi, dia tidak menyangka bahawa watak fiksyen kegemarannya wu-
"Haechan?!"
. ☂︎ • ' - TAMAT - ' • ☂︎ .
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfic[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO