☂︎ + 8

220 69 38
                                    

"Haechan, cikgu doy panggil!" tegur taeil,iaitu senior haechan di sekolah.

"Kat bilik dia ke?" tanya haechan.

"Kat mana lagi? Kau ni," balas taeil sambil menggeleng kepala.

"Hehe."

Haechan tersengih lalu berjalan ke bilik guru.

Tok tok tok !

Pintu bilik disiplin diketuk.

"Haechan ke tu?"

"Ya."

"Ouh masuklah," ucap cikgu doy lalu haechan pun masuk.

"Ada apa cikgu panggil saya?" tanya haechan sambil berdiri di depan meja gurunya.

"Duduklah dulu," pelawa cikgu doy lalu haechan menurut.

"Cikgu nak tanya, kenapa tak hadir tiga hari yang lepas? Sakit ke?"

Haechan terkedu.

Tiga hari yang lepas, haechan tidak hadir ke sekolah kerana sibuk mencari kerja. Tapi malang semua tempat yang dia pergi tidak memerlukan pekerja tambahan lagi.

Jadi haechan dan ibunya terpaksa bergantung dengan duit gaji lamanya saja.

"Ar- haah cikgu. Tapi, lupa nak minta surat doktor. Maaf," ucap haechan sambil menundukkan kepalanya.

Dia tidak mahu cikgu doy mengesan pembohongan dari matanya.

"Tapi, cikgu ada dapat laporan yang ada pelajar dalam kelas kamu nampak kamu merayau-rayau di kedai. Betul?"

"Arh matilah aku. Apa aku nak cakap ni?" omel haechan dalam hati.

Kini jantungnya sudah tidak keruan. Dia tidak mahu berterus terang. Sumpah dia malu tatkala ini.

"Haechan, jawab soalan saya," gesa cikgu doy perlahan.

Titttt

Pintu bilik disiplin dibuka dari luar secara tiba-tiba dan terpacul seorang gadis.

"Ke kau cari kerja sebab dah kena buang dari kedai seven eleven tu? Hmm?" ujar minjung selamba di depan pintu sekaligus membocorkan rahsia yang disimpan haechan dari pengetahuan guru kelasnya.

Minjung berdiri menyandar pada sisi pintu sambil berpeluk tubuh.

Haechan memandang cikgunya.

"Cikg-"

"Betul ke apa minjung cakap tu?" soal cikgu doy meminta kepastian.

"Ar-"

"Haechan, jawab saja. Bukannya cikgu nak hukum kamu."

"Betul lah tu cikgu. Apa yang salahnya? Lisa sendiri nampak dengan matanya," sampuk minjung lagi.

"Kau perempuan sial."

Haechan menggenggam tangannya kuat sambil menahan api di dalam dirinya.

Sungguh, kim minjung lah manusia paling dibencinya.

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now