"Okey, sekarang kau cakap kau buat semua tu bersebab. Sebab apa? Kalau kau jujur aku maafkan kau."
Minjung terdiam dan menunduk. Dia masih berkira-kira sama ada mahu berterus terang atau tidak.
Tapi bagaimana jika...
"Kim minjung, aku takkan lepaskan kau selagi kau tak jawab soalan aku," ujar haechan dengan suara yang normal. Bukan lagi dengan suara kerasnya.
"Minjung, kau kena yakin. Manatahu sebab kejujuran kau, haechan tetap akan terima kau?" ucap minjung dalam hati.
Kini dadanya sudah berdebar-debar. Dia, sanggup untuk terima apa saja yang akan berlaku selepas ini.
Mata dipejam sebelum dia membuka mulut.
"Aku, buat semua ni sebab, aku sa-sayangkan kau."
Wajah haechan dipandang dengan perasaan yang bercampur-baur. Dia, tidak tahu sama ada apa yang dirasainya kini ialah sedih, malu, gembira atau, entahlah.
"Sa-sayang?" haechan juga terkejut sehingga menjauhi beberapa langkah dari gadis itu.
Mukanya sungguh menggambarkan reaksi tidak percaya.
"Apa maksud kau?" soal haechan.
"Aku sukakan kau. Tapi sekarang tidak lagi."
"Jadi, apa makna kau buat semua ni kalau kau dah takde perasaan dekat aku bodo?
"Sebab aku cintakan kau lee haechan."
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO