"Mak, haechan nak pergi sekolah dulu keh?" ucap haechan dalam bentuk isyarat tangan kepada ibunya.
Selesai haechan memakai kasut sekolahnya, dia melangkah pergi.
Tiba-tiba ibunya menjerit kecil dan membuatkan haechan berpaling ke belakang.
Jangan risau. Tiada perkara buruk yang berlaku pun kepada ibu haechan. Itu hanya suara jeritan kecil yang hanya mampu keluar dari peti suara ibunya. Hanya jeritan kecil dan sedikit bunyi seperti bercakap walaupun langsung tidak serupa seperti bercakap. Sama sahaja setiap bunyinya.
Perkataan yang mampu keluar dari mulut ibunya hanyalah, "Apa cho?" yang bermaksud "Apa tu?". Itu bukan perkara lawak. Jadi tolong jangan ketawa.
"Apa?" soal haechan dan seperti biasa dalam bentuk isyarat yang difahami ibunya.
Kerana ibunya tidak mendapat pendidikan khas semasa kecil, ibunya tidak dapat mempelajari bahasa isyarat formal. Seperti yang digunakan oleh orang bisu dan cacat pendengaran yang lain.
Tapi, haechan bersyukur. Ibunya seorang yang pandai kerana walaupun tiada pendidikan sekolah, tetapi ibunya tahu cara menulis, mengira, membaca dalam hati dan juga berbakat dalam membuat kraf tangan.
Itu semua dipelajari dari kakak ibunya. Tapi kini kakak ibunya haechan sudah pergi. Maka, tinggallah mereka anak beranak sebagai penerus keturunan.
"Hati-hati! Dan, kamu janganlah marah ya dengan budak perempuan tu. Dia mungkin hanya bergurau. Jangan marah dia ya nak?" Sayu wajah ibu haechan memohon.
Haechan melepaskan keluhan berat.
"Yelah mak." Haechan pasang muka redha dan akur.
Ibunya tersenyum.
"Pergi dulu ya mak, masak sedap-sedap ya nanti!" ucap haechan riang.
Ibunya mengangguk gembira sambil tersenyum dengan gigi putihnya yang menyerlah.
"Maafkan haechan mak. Haechan takkan biarkan sesiapa saja hina apatah lagi kutuk mak. Haechan takkan lepaskan dia selagi dia tak terima pengajaran."
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO