"Anty, haechan balik dulu erh?"
"Ouh okey. Hati-hati!"
"Bye noona, hyung !" ucap haechan kepada rakan sekerjanya lalu berangkat keluar dari kafe tempatnya bekerja.
Sejurus sahaja haechan keluar, tubuhnya dipeluk mengejut dari belakang.
"Minjung, aku bau peluh ni. Kau tu dah mandi, wangi pulak tu. Dah lepa-"
"Taknak! Kau dahlah tak layan aku masa kat sekolah tadi."
"Jadi, kau nak apa minjung sayang?" soal haechan sambil tertawa kecil kerana perangai kebudakkan kekasihnya.
Chup !
Pipi tembam haechan dikucup laju lantas gadis itu tertawa girang. Rangkulannya pada leher haechan masih tidak dilepaskan.
Haechan tersenyum malu dan geram.
"Minjung, kau datang sini naik apa? Aku nak balik rumah terus ni."
Minjung melepaskan rangkulan.
"Jalan kaki dari sekolah."
"Erh? Jadi, kau tunggu aku dari petang tadi la ni?"
Minjung mengangguk.
"Jung minjung, berapa kali aku kena cakap, tak payah datang tunggu aku habis kerja?" ujar haechan dengan nada sedikit merayu.
Dia tidak mahu gadis itu kepenatan dan sanggup mengabaikan kerja sekolah yang berlambak semata-mata dirinya.
"Entah," jawab gadis itu selamba.
"Dahlah aku nak call ayah kau suruh ambil kau balik," ujar haechan lalu mula mendail nombor telefon ayah minjung.
"Aipp, jangan!"
Telefon haechan dirampas lalu disembunyikan dibelakang tubuh.
"Minjung!"
Haechan sudah membuat muka stres.
"Yelah, ikut aku balik. Naik cepat," ucap haechan pasrah. Dia sebenarnya penat, tapi apakan daya.
"Yeay, haechan baik!" puji minjung lalu duduk di kerusi belakang basikal haechan.
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO