☂︎ + 4

234 78 27
                                    

Semua pelajar yang berada di koridor berdekatan tangga automatik memandang haechan dan minjung.

Minjung ditarik laju tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.

"Wen kau nak bawa aku pergi mana ni?" soal Minjung takut. Ketir.

Perasaan hairan tadi pantas bertukar cemas. Ternyata Haechan membawanya menaiki tangga dan menuju ke atap bangunan blok.

"Kau!"

Pintu ditutup kuat dan Haechan mendorong gadis itu ke dinding.

"Weh aku nak balik!" Minjung menjerit kuat melihat awan gelap berada di atas mereka. Maklumlah kini mereka berada di atas rooftop yang berketinggian empat tingkat. Maka pemandangan yang menyeksakan itu amat jelas seperti ingin pun mampu membunuhnya.

Minjung yang ketakutan lantas terduduk dan mengengsot ke dinding.

"Haechan!" jerit Minjung sekali lagi dan mengharapkan haechan membawanya pergi.

Tapi malang. Haechan maju mendekati lalu menarik kolar gadis itu. Hampir tercekik Minjung akibat dipaksa berdiri tanpa kerelaan.

"Kau nak tahu kenapa aku bawa kau pergi ke sini hm?" Keras suara haechan mengajak berteka-teki. Kemarahan yang tak tertanggung di dalam nada suaranya membuatkan minjung seriau. Apa lagi jarak wajah mereka yang hanya beberapa inci.

"Apa?" Minjung memandang haechan sekejap sebelum kembali menutup matanya. Dia tidak sanggup mahu bertentang mata dengan haechan.

"Sebagaimana kau seksa kesabaran aku dengan menghina mak aku, macam tu jugalah aku akan seksa kau." Haechan tertawa melihat minjung sudah berpeluh dan menggeletar.

Dia tahu, simptom-simptom fobia gadis itu sudah mula menyerang. Dan dia akan pastikan gadis itu terseksa.

"Hae... haechan. To...tolong jangan seksa aku macam ni, " rayu minjung dengan tersekat-sekat. Dadanya amat sakit akibat sesak nafas yang dialaminya tatkala ini. Lagi-lagi apabila satu rintikan hujan mengenai wajahnya. Makin tidak terasalah oksigen sampai ke bronkus. Karbon dioksida pula seolah-olah tersekat dan mulai melemaskan dirinya.

Hanya satu. Belum hujan lebat lagi.

"Takkan. Selagi kau tak menangis macam mana mak aku menangis. Kau lupa apa yang kau dah buat kat mak aku? Hm? Kau ingat aku tak nampak?" gertak haechan lagi berserta senyuman sinis dibibirnya. Puas hatinya melihat gadis itu tatkala ini.

Tubuh minjung hampir longlai namun haechan sempat menyambut dan menahan kedua belah lengan gadis itu.

"Ma...maafkan aku!" Tergagap-gagap suara minjung memohon.

Dadanya sudah semakin berombak tinggi. Dia tidak tahan lagi.

Haechan tersenyum gembira.

"Padan muka kau," ucap haechan sambil menolak anak rambut minjung yang sudah jatuh menutupi wajah gadis itu. Dia tidak nampak kecantikan gadis itu, tapi apa yang dia nampak hanyalah derita di wajah itu.

Tiba-tiba, rintikan hujan yang hanyalah renyai-renyai mula menjadi lebat dan membuatkan keadaan minjung menjadi tenat.

"Selamat tinggal," ucap haechan selamba dan pergi meninggalkan gadis itu keseorangan.

"Lee Haechan!"

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now