HMD: Prolog

635 20 2
                                    

MASUK je kali ini, dah empat kali dia datang interview Syarikat Maker Gaming, semuanya ditolak mentah oleh mereka. Ada yang sudah ada pekerja jauh lebih bagus daripada dirinya. Bahkan dia siap kena perli lagi dengan pekerja-pekerja di Syarikat itu.

" Tak naklah, kami dah ada pekerja yang jauh lebih baik dan berpengalaman daripada awak. Yang pasti, mereka semua dari luar negara dan berbakat ". ujar salah satu pekerja Syarikat itu.

Pekerja yang bernama Sarah itu siap memandang rendah terhadap dia.

Fail-fail itu di belek dengan muka menjengkelkan.

Dayana tetap menahan sabar dan berulang kali ingatkan pada diri untuk tenang. Jangan melawan.

" Maaflah kalau saya ambil awak pun, saya tak tahu nak letak awak dekat position mana. Dah terlalu ramai dekat sini ". kata Sarah itu lagi. Sarah memberi semula fail milik dia. Acuh tidak acuh sahaja cara layanannya. Nampak sangat tidak ikhlas.

Dia kekalkan senyuman lebar dan perlahan-lahan bangun daripada kerusi.

" Tak apalah, mungkin tak ada rezeki saya disini ". Balasnya, tenang. Baru sahaja kaki ingin melangkah pergi, Sarah menghentikan langkahnya.

" Tunggu dulu! ".

Dayana menoleh.

Sarah jeda seketika. Lama.

" I don't think you are qualified in this field, I think it's better for you to go into a better field for yourself. More appropriate I think ". kata Sarah itu.

Dia agak terkejut sedikit dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Sangat menyakitkan hatinya. Kalau nak cakap tentang tak layak, rasanya tak patut kut. Sebab semuanya memerlukan usaha. Tak ada yang dimulakan dengan terus dapat.

Dadanya berombak, amarah. Kali ini dia tak boleh lagi nak berdiam diri. Ini dah melampau. Kalau setakat dia tidak diterima oleh Syarikat ini, tidak mengapa. Dia boleh terima dengan hati yang terbuka. Tapi kalau dah sampai cakap tidak layak, ini betul-betul menguji kesabarannya.

Dia menyising lengan bajunya.

Fail tadi dilempar tepat mengenai Sarah. Segala kertas-kertas tadi melayang berterbangan sana sini. Terkejut beruk muka Sarah ketika fail tersebut mengenai dirinya.

" Hey perempuan! Kalau budi bahasa kau tu cantik, baik tak apalah juga. Aku tak kisah lah company ni tak nak terima ke ataupun tak. Tapi jangan sesekali menghina! Kau sepatutnya yang tak layak! ". Dia terhenti seketika. Mencari ruang udara sebelum meneruskan kata-katanya.

" Makeup kelabu! ".

" Dagu kecil! ".

" Badan macam tong gas! ".

" Bibir macam ikan! ".

Bertalu-talu dia melemparkan makian. Sarah mula tidak senang duduk. Dia mengetap gigi gerahamnya tatkala menerima cacian itu.

" Kurang ajar kau! ". Tangan Sarah naik ingin menampar wajah dia. Namun cepat dia mengelak dan menepis tangan Sarah.

Huh jangan ada yang berani-berani naik tangan padanya. Inilah padah akibat melampau. Setiap yang melampaui batas, pasti ada balasannya.

" Don't ever raise your hands on me, or you'll get it. Before you want to say anything to people, look in the mirror and look at yourself first. Is it really good? Is it really worth it? Bullshit! ". Sempat lagi dia membalas sebelum melangkah pergi. Dari jauh dia dapat mendengar jeritan dan makian daripada Sarah, berbakul-bakul.

Dia peduli apa. Yang penting dia puas. Siapa suruh cari penyakit.

Dia berjalan laju, menapak ke arah kereta. Masuk sahaja dalam kereta, dia memecut laju kereta itu. Pulang ke rumah.






TEPAT jam 10 pagi, dia akhirnya sampai ke rumah. Masuk sahaja ke perkarangan rumahnya, dia mengeluh berat. Ada satu lagi yang perlu dia kemaskan. Iaitu membuang segala barangan pemberian daripada lelaki itu, bekas tunangnya.

Banyak barangnya yang lelaki itu beri daripada mereka sekolah menengah. Baju, aksesori, anak-anak patung dia dah bagi kepada anak-anak jiran, rumah anak-anak yatim. Manakala gambar-gambar dia bersama lelaki itu, sudah selamat di buang dan di bakar.

No more memories!

No more next!

Dia perlu mulakan hidup baru. Buka kisah baru.

Dia merenung kosong ke arah api yang membara, membakari segala gambar-gambar kenangan itu.

Selamat tinggal kenangan.

Selamat tinggal kisah lama.

Selamat meninggal dengan kekasih baru.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now