HMD: 35

53 8 0
                                    

LIYANA meletakkan satu mug berisi air suam ke atas meja. Di tolak lembut ke arah Dayana. Dia menghela nafas panjang. Sayu sahaja hatinya melihat temannya begini.

" Dah seminggu you macam ni, tak nak makan. Tak nak minum. Pergi klinik haritu aje. Lepastu tak nak keluar ke mana-mana dah. Ajak shopping, hang out pun tak nak. Janganlah macam ni... ". Ujar Liyana. Kesian betul dia tengok perubahan Dayana sekarang. Makin cengkung.

Selepas apa yang dia dengar daripada Zaf. Hatinya pula yang sakit. Walau macam mana keadaan sekalipun, Amireen tak patut buat Dayana begini. Lebih-lebih lagi mereka berdua baru sahaja berkahwin. Tidak sampai sebulan lagi. Inai di tangan dan kaki pun masih ada.

Dayana tersenyum kecil.

" Yana... you janganlah risau pasal I. I ok aje ni. Biasalah badan tak sihat. Makan ubat nanti, elok lah ". Dalih Dayana. Kalau boleh dia tidak mahu semua orang risau tentangnya. Walhal dia baik-baik sahaja. Cuma kadang-kadang sedih sedikit sahaja.

Liyana senyum sinis.

" You cakap you ok? I rasa you kena tengok muka you sendiri dekat cermin lah, Dayan. Mata sembab, muka pucat. Dah macam mayat tau tak ". Balas Liyana, geram.

" Dayan... please wake up. I tak sanggup tengok you macam ni. I tak sampai hati tau. You kena kuat, you tak boleh lemah macam ni. Kalau Miren balik nanti, tengok keadaan you macam ni. Apa perasaan dia? Mesti dia lagi sedih dan lagi risau ". Balas Liyana lagi. Kali ini, intonasi suaranya lebih rendah. Tidak meninggi seperti tadi.

Dayana menghela nafas berat. Tiba-tiba tubi matanya pecah.

Liyana panik.

" Eh you... I minta maaf kalau I salah cakap. I'm so sorry, Dayan ". Liyana memeluk tubuh Dayana. Terhinjut-hinjut bahu gadis itu menahan esak. Liyana memujuk dengan menyapu perlahan belakang badan gadis itu.

" Dayan... jangan macam ni... ".

Dayana menggeleng kepala, perlahan. Dia meleraikan pelukan pada tubuh Liyana.

" Yana... I just miss my husband. I want to know how about him. What is he doing right now. Is he okay or is he healthy? I want to know everything ". Luah Dayana dalam keadaan sebak.

Benar waktu sekarang ini dia hanya hendak tahu keadaan suaminya sahaja. Melihat mesej yang tidak di respond dan panggilan tidak di sambung makin membuat dia rasa risau. Bagaimanakah keadaan dia disana? Adakah baik-baik sahaja?

" I rindu dia, Yana ". Sekali lagi Dayana bersuara.

Liyana jeda.

Hilang kata-kata.




" Is her crying again? ". soal Zaf.

Liyana mengangguk lemah.

" Pagi tadi ".

Zaf menghela nafas panjang.

" Kesian dia ".

" Sangat-sangat Zaf. Lebih teruk daripada haritu. Sekarang dah jarang makan. Minum pun tak nak. Pergi klinik? Lagilah tak. Terperap aje dalam bilik, tak nak keluar ".

Zaf jeda. Kalau dia di tempat Dayana. Dia juga begitu. Rindukan orang tersayang.

" I think we should do something, Zaf. Saya tak sanggup tengok Dayan macam tu. Kesian sangat ".

Zaf mengangkat kening? Kurang mengerti.

" Buat apa? ".

" Berapa lama lagi tempoh Miren dekat sana? ". soal Liyana tiba-tiba. Teringat yang hari itu Zaf cakap Amireen tidak lama ke Jepun. Hanya dua atau tiga hari sahaja.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now