HMD: 24

51 3 0
                                    

PELBAGAI hadiah yang dia terima hari ini. Banyak sehingga tak terkira. Dia tak sangka pula, turun sahaja daripada bilik pejabat. Pak Mat maklumkan pada dirinya, ada longgokan banyak parcel dan hadiah-hadiah juga tak lupa ucapan daripada peminat. Allahuakbar, dia langsung tak menyangka hal ini akan terjadi. Sungguh terharu. Bahkan, dia tak minta langsung untuk di layan seperti ini.

Jadi kesudahannya dia kena bawa banyak hadiah tersebut, masuk ke dalam kereta. Sampai tak muat ye! Terpaksa minta tolong Zaf dan Khai bawa hadiah-hadiah tersebut menggunakan kenderaan mereka.

Zaf dan Khai turun serentak, keluar dari perut kereta. Masing-masing tersenyum sinis. Untunglah dapat banyak hadiah daripada peminat. Banyak sangat ye! Tak terkira semuanya. Ada yang bersaiz besar, kecil dan sederhana. Terbit pula rasa cemburu. Sebab Amireenlah yang paling banyak menerima hadiah daripada peminat berbanding dengan mereka semua. Yelah orang handsome, apa boleh buat.

" Untunglah, terpaling banyak hadiah yang kau terima. Yelah, orangnya kacak, tinggi, putih. Tak macam kita orang. Jauh beza. Bagai tanah dengan planet ". Sindir Khai sambil mencebik bibir. Nak berlagak lah tu, ingat dia sorang aje yang ada? Huh, aku pun tak ada.

Zaf berkerut dahi. Apa punya perumpamaan lah yang Si Khai ni guna. Ikut suka hati kepala sendiri aje.

" Dah Khai, kau jangan buat muka basi kau kat sini. Tak cukup dengan aku kick kau dalam group. Kang aku kick kau dekat sini pula ". Sinis sahaja Amireen berbicara. Sengaja nak memperingatkan Khai. Manalah tahu tiba-tiba lupa.

Khai mengeluh panjang. Sudahlah dia tengah makan masa tu. Buka sahaja group whatsapp, tahu-tahu dah kena remove. Kurang asam boi betul, Miren!

" Kau masukkan aku balik ".

" Pandai-pandailah kau hidup. Cari jalan masuk group tu balik. Siapa suruh buat hal ". Balas Amireen acuh tak acuh. Main-main lagi dengan dia. Kan dah mendapat. Nak sangat kan? Ha ambil. Buku bertemu ruas. Rasakan!

Khai memutar bola mata keatas. Kalau dia tahu Amireen akan bersikap begini pada dirinya. Dia tak akan tolong bawakan hadiah-hadiah itu tadi. Huh menyesal pula tolong!

" Kau berkira eh dengan aku? Wah kalau bab minta tolong, merayu bagai nak rak. Lepastu dah tolong, bukannya nak cakap terima kasih. Hapak pun tara ". Ni lah kawan, huh! Kawanlah sangat.

Amireen menghela nafas panjang. Ada yang kejap lagi masuk dalam tong recycle nanti.

" Ya lah, ya lah. Terima kasih, Khairulku, Intanku, pemanisku juga bakal abang iparku kerana sudi menolong adik iparmu ini. Sungguh jasanyamu akan ku kenang sampai ke mimpi, bulan dan langit ketujuh ". Ujar Amireen. Dia mengangkat separa tinggi tangan Khai lalu mengucup lembut belakang tangan Khai. Berkali-kali.

Zaf pula sudah mengekek ketawa melihat aksi tersebut. Amireen terus berbuat demikian manakala Khai tayang muka geli, jijik.

Cepat-cepat Khai menarik tangannya lalu mengelap belakang tangannya. Sumpah geli!

" Sikit-sikit dahlah, lebih-lebih siapa nak layan ".

Amireen tersenyum sinis.

" Lah, bukan kau ke yang tadi cakap suruh berterima kasih? Tu tanda terima kasih lah tu. Syukur ajelah aku tak cium pipi karat kau tu ". Seloroh Amireen. Kemudian dia membuka bonet kereta dan pintu bahagian pemandu belakang, mengeluarkan segala hadiah-hadiah tadi. Membawa masuk ke dalam rumah lalu diletakkan di tengah-tengah ruang tamu. Kejap lagilah buat acara unboxing parcel.

Khai dan Zaf juga sama-sama turut membantu. Hampir bebelasan minit, mereka keluar dan masuk ke rumah. Mengalih hadiah tersebut, pindah masuk.

Usai habis, masing-masing menghela nafas panjang, penat.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now