HMD: 06

129 11 0
                                    

DAYANA mula menapak keluar daripada ruang pejabatnya. Tadi Zaf meminta dirinya untuk menghantar fail milik bos ke pejabat. Kata Zaf setelah selesai baca fail aturan syarikat, fail tersebut haruslah diserahkan semula pada bos.

Sebaik sahaja kaki melalui lorong ruangan itu, dia melihat setiap nama-nama disebalik pintu bilik pejabat itu.

Benar kata Zaf, di setiap pintu tersebut. Terdapt nama-nama terukir di situ. Dan benar kata Zaf, sebelah biliknya adalah bilik milik Zaf.

Dayana membaca bait-bait nama tersebut.

ZAFRAN ZAFRAEL

Matanya beralih pula ke bilik sebelah.

KHAIRUL ASYHAF

Beralih pula pada di hadapan bilik Zaf.

HAIFRUL ALATHIR

Dan, sebelah bilik Haifrul.

NAJMI MOKTHAR

Sebelah bilik Najmi dan akhir sekali.

SYAHRIZAL SYAKHIL

Nama-nama tersebut diulang untuk sekian kalinya. Dan langkahnya betul-betul terhenti dihadapan satu bilik. Iaitu bilik bos.

Hanya bilik itu sahaja yang tidak tertera nama. Seperti yang lain. Cuma disitu hanya ada satu papan tertulis.

Sir,
The owner of the company
is in the room.

Bermaksud bahawa lelaki itu ada dalam bilik kerjanya.

Debaran di dada mula menyelubungi diri. Dayana cuba untuk kekal tenang. Menarik nafas dan menghembus perlahan.

Sebelum melangkah masuk, dia sempat mengetuk pintu terlebih dahulu.

" Come in! ". Sebaik sahaja menerima arahan daripada bos itu, barulah Dayana melangkah masuk ke dalam.

Masuk sahaja ke ruangan pejabat itu, rongga hidungnya mula menangkap bau semerbak perfume milik lelaki itu. Sudah semestinya bau Mont Blanc Legend.

" Sorry if I'm taking up your time, sir. I just want to return the file that Mr. Zaf gave earlier. He told me to give it to Sir. I have already signed ". Ujar Dayana, tujuan dia ke sini.

Lelaki itu hanya berpeluk tubuh dengan kedua mata bertemu dengan mata Dayana.

" Okay ". Sepatah sahaja yang dijawab oleh lelaki itu.

" Is there anything you want me to do? ".

Lelaki itu berkerut dahi. Jelas dia mengangkat tinggi keningnya.

" Pardon? ".

" If there is nothing you want me to do, I will go first ". Baru sahaja Dayana hendak pergi daripada ruangan bilik tersebut. Lelaki itu menghalang.

" Wait! ".

Dayana membalikkan tubuh, menghadap Sir. Dia menghadiahkan senyuman lebar.

" Yes, sir? ".

" Do you have an example of your 3D sketch work? Can I see? ". Soal Sir.

Dayana tersenyum lebar. Mujurlah dia ada bawa fail miliknya tadi. Dia mengangguk perlahan. Lantas hasil kerjanya dikeluarkan dan dia meletakkan pada meja lelaki itu. Dengan berhati-hati.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now