HMD: 13

74 4 0
                                    

TEPAT jam pukul 6 petang, macam apa yang Dayana minta mereka semua lakukan, kemas ruang pantri. Sudahpun siap dikemaskan semuanya. Di dahi masing-masing mula menitik-nitik manik jernih. Hingga ke pangkal leher. Ada pula baju t-shirt yang tersarung di tubuh juga basah lencun dek kerana berpeluh.

Satu nafas dihela perlahan daripada mulut masing-masing. Keletihan.

" Aku rasa dah cukup kemas dah ni ". Ujar Khai. Dia mula mengunyah epal. Sambil melihat kesibukan rakan-rakannya mengemaskan ruang pantri.

Tak payah nak tolong, sebab rasanya dah ramai yang ambil bahagian masing-masing. Jadi dia hanya jadi penonton jelah kan?

Dekat rumah, dia tak pernah tolong adik-adiknya mengemas rumah.
Paling-paling pun, dia arahkan adik-adiknya mengemas rumah. Sebagai anak sulung, ada dua orang adik-beradik. Jadi dia arahkan sahajalah adik-adiknya kemas rumah. Sedangkan dia hanya duduk bersilang kaki tengok mereka melakukan kerja rumah.

Adakalanya timbul amarah daripada mereka. Tapi Khai hanya tayang muka tidak bersalah. Seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.

" Apa yang dah nya? Kau tahu arahkan aje adalah! ". Kata Najmi tak puas hati. Khai tahu duduk dekat atas meja makan sambil kunyah buah epal dan mengarah mereka membuatkan kerja-kerja tersebut. Langsung tak mahu menghulurkan bantuan.

Khai tayang muka cemberut. Kira tolong juga lah tu kan? Tolong arahkan. Apa yang tak tolongnya?

" Tak payah layan Khai yang pemalas tu. Daripada tadi sibuk kunyah buah epal. Kejap lagi aku kunyah isi daging dia pula! ". Sampuk Haif. Juga menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Dia juga menyeka peluh di dahi. Nafas turun naik mencari ruang udara, penat.

" Khai, tadi dah melantak tiga mangkuk laksa, lepastu kau melantak buah epal pula? Kau pergi basuh pinggan sekarang daripada tadi tak buat apa-apa ". Arah Zaf. Dia juga sebenarnya dah penat mengemas. Masing-masing dah ambil bahagian mereka.

Najmi mop dan sapu lantai. Haif pula membersihkan sisa-sisa makanan dan minuman yang ada disekitar atas meja dan ruang memasak. Manakala Zaf dan Amireen, mereka menyusun semula cawan dan mangkuk yang menjadi objek peperangan tadi.

Syah pula ditugaskan untuk mengeluarkan sisa makanan dan barang yang tak diperlukan lagi dalam peti ais. Dah alang-alang mereka kemas, jadi kemas semua sahajalah.

Khai mendecit kecil. Kunyahan epal dalam mulutnya dia telan dengan kasar. Nak makan pun senang.

" Kenapa kerja berat-berat juga korang bagi aku? Kenapa tak nak bagi kerja ringan aje? Bagilah aku mop ke menyapu ke? Ini basuh pinggan? Aku mana reti! ". Rungut Khai.

Kalau setakat mop dan sapu tu, dia tahulah. Pegang penyapu sapu aje sampah atau debu. Kalau mop, mop aje tempat-tempat kotor. Basuh pinggan? Macam mana nak basuh tu? Ada toturial tak? Jap macam nak buka google dan search 'cara-cara basuh pinggan'

Zaf tepuk dahi. Hampir jatuh rahangnya mendengar kata-kata Khai. Sumpah lah?

" Kau tak reti basuh pinggan? ". Soal Zaf tak percaya. Bibirnya tersenyum sinis.

Khai menghela nafas panjang. Dia mengangguk laju-laju, mengiakan kata-kata Zaf. Dah memang dia tak reti, nak buat macam mana.

" How do you want to marry my sister if you can't wash the dishes ". Ejek Amireen. Hampir meletus tawanya tapi digagahkan diri untuk menahan daripada terlepas tawanya. Dia pamerkan muka serius. Terhenti seketika kerjanya menyusun pinggan mangkuk tatkala mendengar bicara Khai tadi. Parah hidup.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now