HMD: 23

56 4 0
                                    

SEGALA baju dan juga barangan yang lain telah siap dimasukkan semuanya ke dalam beg bagasi. Nafas juga diatur dengan tenang. Alhamdulillah dadanya sudah kembali tenang dan merasa lapang. Berkat solat tahajjud dan istikharah selama seminggu berturut-turut. Moga Allah permudahkan segala urusannya.

Habis segala barang siap di kemas, Dayana bangun daripada duduknya. Mengatur langkah, membawa diri ke dalam perut kereta. Tak lupa juga beg bagasi tadi telah selamat diletakkan di jok belakang.

Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasinya, sempat dia mengeluarkan telefon dan mengirim pesanan kepada seseorang.

Usai itu, dengan lafaz bismillah. Kereta sudah mula membelah jalan. Sempat juga dia mengerling ke arah rumah jiran sebelahnya. Kereta tak ada, lampu rumah semuanya gelap. Sah keluar!

Hampir satu jam lebih atas jalanraya, akhirnya destinasi sampai juga. Tanpa betah berlama dalam kereta, Dayana membawa diri keluar dari perut kereta. Dua pasang anak mata, memandang segenap rumah agam mewah milik orang tuanya.

Dua pasang mata cantik itu, terpejam rapat sambil rongga hidung mula menghirup udara segar kawasan rumah itu. Rindunya bau suasana ni.

Tiba-tiba tubuhnya yang tak berapa tinggi itu, terdorong ke belakang tatkala ada satu figura mula memeluk erat. Lama. Kemudian figura itu mula menangis.

Dayana membuka luas kelompok matanya. Dahi berkerut seribu tatkala melihat figura itu ialah Dee. Dee mendakap erat tubuhnya bersama muka menyembab ke bahu milik Dayana.

" Dee... what wrong with you? ". soal Dayana, lembut. Pelukan pada tubuhnya dileraikan juga. Merah muka Dee tika ini. Alahai, dia tahu adiknya itu rindu.

Dee menyeka sisa airmatanya. Dia menggeleng perlahan.

" Dee sangka akak dah tak nak balik lagi ke rumah ni. Tapi bila Dee dapat mesej akak tadi, Dee teruja sangat. Dee rindu akak ". Ujar Dee. Dia kembali memeluk erat tubuh Dayana. Biarlah dia begini. Rindu pada Sang Kakak. Berpisah selama hampir empat bulan lebih. Benar-benar menyeksakan dirinya.

Dayana tersenyum nipis. Benar, dia hantar mesej pada Dee tadi. Memaklumkan bahawa dia akan kembali semula ke rumah itu. Tapi hanya pada waktu cuti kerja sahaja. Setelah habis cuti, dia kembali ke Kuala Lumpur. Rutin harian yang selalu dia buat dahulu.

Keputusan ini sudah lama dia buat. Jadi hari ini, inilah keputusannya. Kembali semula ke pangkuan keluarga. Seperti dahulu.

Dayana menolak lembut tubuh Dee. Tangan naik menyeka airmata Si Adik. Tak mahu melihat gadis itu terus bersedih. Nanti sinetron mula keluar!

" Dah-dah, jangan sedih lagi. Akak dah balik. Akak tak akan tinggalkan Dee lagi ". Dayana senyum lebar.

" Betul, akak dah tak akan tinggalkan Dee lagi. Tinggalkan mama dan papa? ". soal Dee, sungguh-sungguh.

Dayana mengangguk berkali-kali sambil mengukir senyuman lebar.

" Promise ".

Ketika itu, muncullah Puan Deviana dan Encik Syed Hattariaz di muka pintu. Wajah mereka juga terpancar senyuman bahagia tatkala melihat dua orang anaknya berpelukan melepaskan rindu. Kemudian mereka turut mengantur langkah, mendekati.

Dayana menoleh dan cepat-cepat dia menghulur tangan. Bersalaman dengan orang tuanya. Jatuh airmatanya tatkala mencium lama kedua dua tangan milik orang tuanya. Sebagai anak, dia gagal jadi yang terbaik buat mereka. Malah memberi kesan buruk yang mendalam. Juga bersikap kurang ajar pada mereka. Sungguh besar dosanya pada mereka.

Puan Deviana dan Encik Syed Hattariaz juga turut mengalirkan airmata. Lantas tubuh kecil Sang Anak itu dipeluk erat. Encik Syed Hattariaz mengucup lembut dahi Dayana. Rindu pada anak sulungnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now