HMD: 31

72 3 0
                                    

HACIH!

Hacih!

Berkali-kali dia terbersin, habuk gara-gara mengemas dapur tersebut. Habis naik merah mukanya beserta pakej hidung berair.

Hingus yang meleleh, di sedut berkali-kali.

" Aish tak sukanya macam ni ". Gumam Dayana seorang diri di tengah-tengah dapur.

Baru berapa minit mengemas dapur, bersin pakej hidung dah macam berjam-jam mengemas.

Baru sahaja Dayana hendak mengambil penyapu di belakang pintu, Debab Si Kucing hitam putih Amireen melompat keluar daripada belakang pintu tersebut.

" Argh! ". Terkejut beruk Dayana tatkala tiba-tiba sahaja Debab muncul. Bila masa dia ada dekat belakang pintu tu?

Debab berjalan menghampiri Dayana.  Mukanya berubah comel. Bukan macam semalam.

Dayana pelik.

Sudah kenapa dengan kucing Amireen ni?

Ada objek pelik di mulut kucing hitam putih itu. Matanya automatik terbuntang luas tatkala mata mengecam dengan jelas 'objek' tersebut.

Oh no!

Lipas!

" Debab jangan datang dekat! ". Dayana memberi amaran walaupun dia tahu Debab tak akan mendengarnya.

Begitu asyik kucing hitam putih itu mendekati dirinya.

" Jangan Debab! ".

Debab tetap mendekati. Kali ini lipas yang ada di mulutnya itu diletakkan betul-betul di hadapan Dayana.

" Argh! ". Dayana menjerit nyaring. Walaupun lipas itu tidak bergerak tapi dia takut!

Meraung, menangis Dayana ditengah-tengah dapur tersebut.

" Meow! ". Debab bersuara. Berdiri statik sambil pandang dengan mata comelnya.

Dayana berhenti menangis. Dia memandang ke arah Debab.

" Amik balik lipas kau ni Debab! ".

" Aku bagitahu tuan kau, kau buli aku! ".

Debab automatik berubah mukanya. Daripada muka comel terus berubah garang.

" Meow! ". Tak semena-mena Debab menampar lipas yang dah mati itu tepat mengenai Dayana.

Makin galak lah Dayana menjerit, menangis dan meraung.

" Assalamualaikum ayang, saya dah balik ". Ujar satu suara.

Alhamdulillah, tepat pada masanya.

Amireen dah balik rumah!

Dayana terus bangun dan berlari anak ke arah Amireen. Tubuh tegap dan tinggi Amireen itu di pelik erat. Di bahu Amireen, Dayana menangis semahu-mahunya.

Amireen terkesima. Jeda.

" Ayang kenapa ni? Siapa buat awak? ". soal Amireen panik. Anak matanya melilau sekeliling rumah. Kalau-kalau ada yang mencurigakan.

Hanya ada Debab dan lipas.

Kejap lipas?

" Kucing awak tu, dia buli saya! ". balas Dayana sambil teresak-esak.

" Dia bagi saya lipas yang dah mati! ". ujar Dayana lagi. Dia masih lagi memeluk erat tubuh Amireen. Mengadu kepada Amireen apa yang dah jadi. Biar Debab kena marah!

Amireen menghela nafas panjang. Patutlah..

" Dah-dah jangan nangis, saya dah balik ni ". pujuk Amireen sambil mengusap lembut belakang badan isterinya.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now