HMD: 03

168 11 0
                                    

DAYANA perlahan-lahan buka kelopak matanya setelah terasa penat asyik bangun dan tidur. Dia terpaksa pejamkan sahaja matanya tatkala lelaki itu ada dalam bilik tersebut. Kali ini rezeki dia kerana lelaki itu sudah tidak ada. Barulah terasa aman hidupnya.

Bibirnya mula mencebik. Mengenangkan semula kata-kata sadis daripada lelaki itu.

" Muda-muda lagi dah stress dengan hidup ".

" Kecil-kecil lagi dah pandai fikir nak bunuh diri ".

" Macamlah bunuh diri tu boleh dapat selesaikan masalah. Ni lah budak tak matang, sikit-sikit lari. Sikit-sikit sentap ".

Oh... berbulu sungguh telinganya mendengar ayat-ayat tersebut. Rasa macam nak baling aje dengan mug dekat tepi katil ni pada Si Empunya mulut tu. Mulut tak ada lesen!

Baru sahaja hendak sambung menyumpah seranah lelaki itu. Terdengar pula bunyi pintu di buka daripada luar. Cepat-cepat Dayana baring mengerengkan badannya dan pura-pura tidur.

Lelaki itu hanya tersenyum sinis. Dah sedar rupanya.

" Tak payahlah nak berlakon pura-pura tidur. Aku dah nampak pun ". Sinis sahaja bunyi lelaki itu perli.

Dalam diam Dayana berdecit. Suka hatilah.

" Kau memang suka tidur aje eh? Tadi ada orang hantar makan kau langsung tak usik. Jadi aku makanlah makanan kau. Sayang kalau dibiarkan, membazir walaupun makanan hospital hakikatnya memang tak sedap ". Sengaja hujung ayat terakhir itu ditekan. Memang tidak sedap pun. Tawar! Rasa macam makan nasi cicah air kosong.

Dayana masih diam. Tak berganjak langsung sedari tadi. Dia menghela nafas kasar. Tidur mati ke?

" Hm aku ada beli nasi kerabu ni. Ada lebih, kau tak nak ke? ". soal lelaki itu kemudian melabuhkan punggungnya di atas sofa. Beg bungkusan makanan itu diletakkan ke atas meja kecil.

Sama macam tadi. Tidak ada respon.

" Dayang Nur Dayana ". Lelaki itu memanggil nama penuh Dayana. Mendengar sahaja nama penuhnya dipanggil oleh lelaki itu. Laju sahaja kedua mata Dayana terbuka luas. Dia mula membalikkan badannya, duduk menghadap lelaki itu.

" How do you know my full name? ". soalan Dayana itu mengundang kerutan pada dahi lelaki itu. Sumpahlah budak ni?

" Pandai sangat otak kau ni. Mestilah aku tahu sebab aku yang daftar kau dekat sini ". Jawab lelaki itu. Dan barulah Dayana perlahan-lahan tundukkan wajahnya. Ye tak ye juga, lelaki itu yang jumpa dia. Sampailah dia tidak sedarkan diri. Kemudian dia kembali mendongak, memandang semula wajah lelaki itu.

" Masa aku dekat sini, ada sesiapa yang datang cari aku tak? ". soal Dayana ingin tahu.

Cepat sahaja lelaki itu membalas dengan menggelangkan kepala laju.

" Tak ada langsung melainkan... ". Lelaki itu mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluar dan terus menghulurkan pada Dayana.

" Telefon kau dah banyak kali orang call. Aku tak boleh nak jawabkan sebab skrin telefon kau dah pecah lepastu tak boleh touch. Tapi masa kau tak sedarkan diri itu, aku sempat pergi repair fon kau. Dekat bawah itu aje ". Jawab lelaki itu lagi.

Dayana mengambil huluran tersebut dan menelik Iphone 14 pro max miliknya. Nampak seperti baru.

Dayana pandang semula ke arah lelaki itu.

" Kau pasti tak ada sesiapa pun yang tahu aku dekat sini? ". soal Dayana dengan soalan topik yang sama. Namun lelaki itu tetap membalas dengan anggukan kecil. Dayana menghela nafas lega. Syukurlah.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now