HMD: 10

125 11 0
                                    

TAK perlu tengok di tangan Zaf ada pun, dia dah tahu isi kandungan surat tersebut. Dia berdecit kecil sebelum pandangannya naik menyatu mata Zaf.

" Seriously Zaf? For what I told you? ". Dia harap Zaf faham dirinya tapi tengoklah. Dengan sekali lagi dia tawarkan kertas tersebut pada dirinya.

Zaf kali ini dalam mood serius. Dia pamerkan muka serius juga, tak main-main.

" Come on, Miren. You know, that company is related to our company? They are willing to let our stock go up, if you present yourself as Zyne in front of the fans. Mereka tawarkan nilai yang besar, Miren. Dan dalam masa yang sama, lancaran game yang bakal kau cipta tu juga akan naik tinggi, juga. Mereka sanggup colab dengan kita, Miren ". Tutur Zaf. Sudah berapa kali, Amireen menolak. Dan sudah banyak kali, syarikat ni juga dalam carta, 10 ke bawah kerana di norbatkan sebagai Gamez paling teruk dan membosankan.

Jalan yang paling selamat adalah colab dengan Syarikat sebelah, Makers Gaming Studio, MGS. Syarikat yang juga sama persis mereka, bezanya Syarikat mereka tidak ciptakan 3D game dalam HD macam TMGG. Dan game enemylove and war adalah 100 peratus idea asal dari MGS. Dan mereka colab dengan TMGG dalam pelancaran pembuat game tersebut. Oleh itu, Syarikat TMGG patut membuat kemunculan setiap cosplay game tersebut semasa mereka menganjurkan event.

Amireen menghela nafas panjang.

" Stop it, Zaf. Aku tak nak dengar apa-apa lagi ".

" No, Miren. You don't want to hear it or not. You still have to present yourself as Zyne in front of the fans. Instead of telling Syah, make Syah as Caleb to close the fans' eyes and focus on Caleb's cosplay. They want Zyne instead of Caleb ". Bidas Zaf. Kali ini dia berani jamin, Amireen tetap akan jadi cosplay Zyne dan bukannya digantikan oleh orang lain atau Syah sebagai Caleb.

Dia akui, Caleb dan Zyne tampak sama, tapi peminat bukan bodoh. Tak boleh bezakan sama ada Zyne atau Caleb. Dia orang boleh fikir, itu Caleb walaupun terang-terang tutup macam Zyne.

" I give you time, Miren. Within 3 days only since the event is next week ". Ujar Zaf, mengingatkan tarikh tersebut pada Miren. Usai sahaja menghabiskan kata-katanya, Zaf pun terus keluar meninggalkan ruangan tersebut.

Sebaik sahaja kelibat Zaf hilang dari pandangan. Tangannya mencapai kertas putih, yang Zaf letakkan pada atas meja.

Sebaik sahaja melihat isi kandungan kertas itu. Amireen menghela nafas panjang.





BARU beberapa pusingan, round jogging di kawasan rumahnya, Dayana sudah tercunggap-cunggah, penat. Inilah padahnya kalau setelah sekian lama biarkan lemak menguasai badan. Memang beginilah, jadinya.

" Don't give up! You can, Dayana! Go! Go! ". Gumam Dayana pada diri sendiri. Nak badan cantik, bodygoal kunci dia kena konsisten. Itu yang selalu dia pesan pada diri sendiri.

Tapi hanya untuk seketika sahaja lariannya sebelum, dia jatuh tersandung atas jalan tar.

" Aduh... ". Dayana mengerut dahi menahan sakit. Mujur dia sempat mengimbangkan badan guna tangannya. Dan mujur juga, bekas luka dahulu tidak apa-apa. Cuma tangannya sedikit pedih sahaja.

" Ni kau punya pasal kasut! Gara-gara kau aku jatuh! ". Marah Dayana pada kasutnya. Kemudian cepat-cepat dia mengikat semula tali kasut miliknya.

Baru sahaja dia hendak bangun, ada pula seekor kucing tiba-tiba meluru ke arahnya. Dan mengesel dikaki Dayana.

" Meow! ". Kata kucing itu.

Dayana mula rasa takut. Dia menjauhkan sedikit jaraknya pada kucing itu. Tapi kucing itu tetap juga mengekorinya.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now