" AWAK kalah Hafiz! ". Jerit Dayana gembira seraya tersenyum lebar. Untuk pertama kalinya, dia menang dalam permainan kad tersebut. Dalam pada itu, dia akhirnya dapat kalahkan Amireen setelah tiga kali berturut-turut.
Amireen melempar lembut kad-kad kitty ke atas meja. Dia memeluk tubuh seraya menghela nafas kecil. Nasib aje tu!
Bola matanya mula mengecil tatkala melihat Dayana ketawa bahagia. Amboi...suka betul!
" Ceh, aku sengaja bagi peluang aje tu. Jangan nak suka sangat ".
" Tapi awak dah kalah untuk ketiga-tiga round ".
Amireen memutar bola mata ke atas.
" Because you lost so you have to buy me expensive food ". Sengaja Dayana memperingatkan Amireen. Manalah tahu kalau lelaki itu lupa. Pura-pura hilang ingatan ke.
" Tahulah ".
Dayana tersenyum lebar. Dia mula berfikir untuk makan dimana. Mahu pesan makanan apa.
" Tapi kau jangan lupa pula. Kalau menang kena belanja hadiah yang aku nak ". Tak lupa juga Amireen turut berpesan.
Dayana mengangguk laju. Setakat hadiah, kacang sahaja baginya.
" Ok, kalau macam tu, kau decide nak makan kat tempat mana. Aku bawa aje kemana-mana tempat yang kau nak makan ".
Dayana jeda. Dia mula mengetuk-getuk dagunya, berfikir. Nak makan apa eh?
Tiba-tiba dia tersenyum lebar. Idea dah muncul.
" Jom makan shellout! ". Cadang Dayana. Dah lama tak makan shellout. Kali terakhir makan, masa dekat Kajang. Keluar jalan-jalan dengan Dee. Itupun setahun yang lalu. Lama kan?
Amireen buat muka petai. Shellout? Biar betul.
" Erk, tak ada makanan lain ke selain seafood? Kan ada banyak lagi ". Cadang Amireen.
Dayana geleng kepala, menindakkannya.
" Tak nak saya tetap nak makan shellout ".
Amireen menghela nafas panjang. Aduh...
Dia mula mengaru pelipisnya. Liur ditelan.
Dayana mula mengangkat tangan, menyatukannya. Memohon agar Amireen setuju tatkala melihat reaksi Amireen. Tak senang duduk, berpeluh.
" Please, awak... Saya nak makan shellout ". Tak cukup dengan itu, dia mengerdipkan kedua-dua matanya.
Amireen menghela nafas panjang. Dia tersenyum kecil. Tak sampai hati nak menolak sedangkan mereka sama-sama dah tawar menawar tadi.
" Ok, if that's the case, you're the only one who eats. I don't want to eat. I want to eat something else ".
" Kenapa awak nak makan benda lain pula? Tak akan saya nak makan shellout tu sorang-sorang. Awak kena makan juga ". Optional shellout banyak kot, walaupun makan sorang.
" Tapi- ". Belum sempat Amireen menghabiskan kata-katanya, Dayana terus memotong.
" Saya tak kira, saya yang menang jadi awak kena ikut dan teman saya makan shellout ".
Amireen jeda.
Mati kata.
Lama dia diamkan diri dan akhirnya dia turutkan juga.
" Ok fine but after we eat shellout. I want to go another place ". Cadang Amireen.
Dayana mengangguk laju. Tempat lain pun tempat lainlah yang penting dia dapat makan shellout.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...