HMD: 19

61 4 0
                                    

ANAK mata naik memerhati segenap ruangan rumah tersebut. Dia di satu tempat yang pernah dia dan juga kembarnya bermain game, bergurau, makan dan tonton bola sama-sama.

Ruangan itu hanya ada dirinya dan juga kembarnya. Airmata deras mengalir membasahi pipi tatkala figura itu muncul dihadapannya. Bersama pakaian serba putih.

Bersih.

Putih.

Bercahaya.

Hafiq Ameer berjalan perlahan ke arahnya dengan tersenyum lebar. Sampai sahaja dihadapannya, lelaki itu terus menepuk-nepuk bahu sang adik, lembut.

" Kau kuat, Miren. Kau boleh. Kau mampu. Percayalah cakap aku, kau boleh harungi hidup kau selepas ni dengan tenang. Dengan baik, kau tak perlu fikirkan lagi soal aku. Aku dah tenang dekat sini, aku dah bahagia dekat sini. Jangan tangisi lagi pemergian aku, Miren. Lepaskan aku dalam jiwa kau ". Tutur Hafiq lembut seraya tangan itu beralih menepuk lembut hati Amireen. Menyuruh adiknya lepaskan segala tentang dirinya dan belajar redha dengan takdir Tuhan.

Lantas laju sahaja airmata Amireen jatuh membasahi pipi. Dia bukan tak redha, bukan tak boleh lepaskan pemergian abangnya. Tapi kenapa abangnya perlu akhiri hidup dengan cara begini? Kenapa harus tinggalkan dirinya?

Hafiq tersenyum lebar. Lantas dia melabuhkan punggungnya, duduk disebelah sang adik. Amireen menjadi pemerhati.

" Aku tahu kau sunyi, sedih, marah pada aku. Kenapa aku pilih jalan untuk akhiri hidup aku. Cinta aku tulus, Amireen. Tulus sehingga aku terfikir dialah perempuan yang aku akan sayang, sampai hujung nyawa aku. Sampai akhir hayat aku. I can't control my anger, when will I know that she has another man behind me and is willing to leave me for that man. Very painful. It hurts for me, aku dah cuba pujuk dia, rayu dia. Jangan tinggalkan aku, aku sanggup buat apa sahaja untuk dia bahkan aku sanggup nak gadaikan harta aku semata-mata untuk dia ". Hafiq berhenti seketika. Mencuri ruang udara untuk kekal tenang. Bagaikan lihat diri sendiri, menangis dan mengawal penafasan. Amireen setia mendengar luahan abangnya.

" Tapi dia still pilih lelaki itu. Dan bahkan demi kejar kekayaan, harta. Tasya sanggup gadaikan maruah. Dia cakap aku tak mampu nak bagi dia kekayaan, duit banyak untuk dia. Jadi dia pilih jalan hidup dengan lelaki itu dan sanggup jual badan. When I found out that she was pregnant with that man's child. Aku nak jadi pak sanggup, semata-mata nak anak dalam kandungan dia tu, ada bapa. Biar anak tu rasa kasih sayang seorang ayah. Sebab lelaki itu tak nak bertanggungjawab. Dia tinggalkan Tasya, lepas Tasya mengandungkan anak dia. Anak luar nikah. Tapi sayang, Tasya tetap tak pilih aku dan dia sanggup gugurkan kandungan semata-mata tak nak aku jadi bapa kepada budak tu ". Sambung Hafiq lagi.

Mulut Amireen meluas, terkejut. Tegarnya hati Tasya membuat demikian. Pada orang yang tak bersalah, pada anak bayi yang tiada dosa.

" Dia tinggalkan aku dengan mesej, dia tak cintakan aku dan tak sayangkan aku. Lebih-lebih lagi, dia hanya pergunakan aku untuk kesenangan dia. Aku yang selalu ambil dia balik dan pergi kerja. Bahkan kalau dia tak makan atau tak ada duit belanja. Aku sanggup berhabiskan simpanan aku semata-mata untuk dia ".

" Tapi usaha aku semuanya sia-sia, Amireen ". Hafiq tersenyum sinis. Mengenangkan semula sikap bodohnya. Terlalu naif. Benarlah kata orang, cinta itu buta. Buta sanggup buat apa-apa sahaja untuk orang yang kita sayang.

Tiba-tiba Hafiq bangun. Dia menoleh ke arah Amireen dengan senyuman kecil. Amireen turut bangun dengan pandangan pelik.

" I have forgiven her, Amireen. This is the destiny that has been set for me. For now, it's your turn. You need to get up and continue your determination. Achieve the goals we both dream of. Make our family happy and find your happiness too. Learn to be content with the destiny that God has set for us. You are strong my little brother. You can. You can afford it ". Bahu Amireen sekali lagi di tepuk lembut oleh Hafiq. Sebelum tangan itu jatuh. Dia perlu pergi.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now