ZAF datang menghampiri dua pasangan pengantin baru. Sejak-sejak dah jadi suami isteri ni, makin terserlah wajah seri di muka masing-masing. Mungkin inilah yang orang katakan, bercinta selepas kahwin. Indahnya.
" Sorry if I bothered both of you. Datang mengejut dekat rumah korang semata-mata nak bagi ni ". Zaf menghulurkan satu keping sampul surat berwarna putih.
Amireen menyambut dengan muka pelik.
" Apa ni, Zaf? ". soal Amireen, tertanya-tanya. Apabila melihat wajah panik Zaf, makin gelisah dirinya.
Zaf menghela nafas berat. Kelu.
" I know this is not the right time but I think you should know about this ". Zaf mengeluarkan telefon bimbitnya pula. Dia membuka satu klip video lalu dihulurkan kepada Amireen.
Amireen menyambut pula telefon tersebut. Melihat isi paparan dalam klip video tersebut.
Mulutnya melopong ruas, matanya terbelalak. Tangan mengigil, cepat-cepat dia mengawal tindakannya. Nasib tidak terjatuh telefon milik Zaf.
Dadanya berombak kencang, darah mula naik keserata tubuhnya.
Tidak menyangka orang yang dia harap kan selama ni, membaling tahi kepadanya.
" How long has he been doing this shit, Zaf? ".
Zaf jeda. Berfikir sejenak.
" Tak tahu dia terlampau cekap dan harini baru kantoi. Itupun May yang bagitahu bapak kau ". Balas Zaf.
Amireen kaget.
" Baba tahu pasal ni? Dan dia tak bagitahu aku?! ".
Terhinjut bahu Dayana tatkala mendengar suara Amireen meninggi. Dia datang menghampiri dan merakul lengan suaminya. Walaupun tidak tahu situasi apa yang jadi, namun dia tetap tenangkan Amireen.
" Semua orang baru tahu hari ni. Termasuk aku dan kau ".
" Baaka! ". Amireen meraup rambutnya ke belakang. Nafas turun naik, mengatur amarah.
" Mana baba? Kenapa dia tak datang sini bagitahu aku sendiri? ".
" Yes, he really wants to tell you. But he told me to talk to you and you will handle it. Because he doesn't want to interfere. But last night, he moved to Japan to see the situation there. He wants you to go there too ". Jelas Zaf. Ini apa yang Encik Azman sempat beritahu dia semalam.
Amireen menghela nafas berat.
" Fine, aku pergi ". Amireen memberi kata putus setelah lama mendiamkan diri.
" Tapi tolong aku selesaikan semuanya dekat sini. Update semuanya dekat aku. Jangan ada tinggal satu benda penting pun ". Pesan Amireen.
Zaf mengangguk, mengerti. Tahu sangat dah dengan cara kerja Amireen. Kalau lelaki itu amarah, maknanya dia nak semua kerja dalam keadaan sempurna. Tidak ada cacat cela atau kesilapan pun.
" Baik! ".
Amireen tidak membalas, dia sebaliknya melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Dayana dan Zaf di luar rumah.
Dayana dan Zaf sama-sama terpingga.
" Saya gerak balik dulu, Dayana ". Zaf meminta diri. Tapi sebelum meninggalkan rumah tersebut. Sempat dia berbaur pesan. Membuatkan Dayana ketakutan.
" Tenangkan, Miren. Dia kalau mengamuk, dia tak pandang sekeliling. Hati-hati, Dayana. Apa-apa mesej saya. Saya datang ".
Dayana mengigit bibir bawahnya.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...