Belah malam,
DALAM dewan itu hanya ada teamwork nya dan juga penganjur-penganjur besar sahaja. Baik tetamu atau peminat, mereka sudah pulang sebelum maghrib tadi. Amireen mengatur nafas lega. Alhamdulillah hari ini, dengan bangganya dia telah berjaya juga habiskan acara ini sampai ke penghujung. Lebih-lebih lagi, walaupun dirinya ada rasa takut, gementar, gelisah. Alhamdulillah juga, dia berjaya kawal semuanya.
Walaupun rasa nak pengsan tadi. Nasib baik hari ini tak jadi dalam sejarah, dua orang pekerja Syarikat TMGG pengsan gara-gara berdepan dengan peminat!
Amireen tergelak kecil tatkala terfikirkan hal tersebut. Kalau tiba-tiba masuk akhbar dan berita, habislah. Jatuhlah reputasi dirinya sebagai pencipta video game!
Apabila melihat kelibat Dato' Tan Sri Tafiq mula menapak ke arahnya, Amireen cepat-cepat mengubah muka, serius.
" Tahniah sekali lagi diucapkan buat kamu, Miren. Saya berbesar hati dan bangga atas usaha kamu. Kamu hadir melengkapi acara ni semula, tampil sebagai Zyne betul-betul buatkan saya tak mampu nak berucap. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi ". Ucap Dato' Tan Sri Tafiq, terharu. Dia berjabat tangan dengan Amireen.
Amireen mengukir senyuman lebar. Dia menyambut huluran tangan tersebut.
" Nothing much lah Dato'. Ni sebahagian kerja saya juga ". Balas Amireen.
" Siapa perempuan yang jadi main character tu? Dia cantik sangat bila mengenakan costume cosplay MC. Saya betul-betul tertarik dengan dia ". Ujar Dato' Tan Sri Tafiq. Bila mana kali pertama melihat gadis itu, dia terus terpaku. Terpaku dengan kecantikan semula jadi gadis itu. Tak perlu nak berdandan lebih-lebih kerana dia mempunyai rupa paras yang cantik. Beralis lebat dan terbentuk. Bibir merah jambu, sederhana besar sesuai dengan wajahnya. Bulu mata lentik dan tebal, tak perlu kepit dan pakai maskara.
Memang betul-betul cantik!
" Oh dia pekerja baru saya. Dayang Dayana namanya ".
" Dayang Dayana? ".
Amireen mengangguk perlahan. Nampak sahaja kelibat Dayana dengan rakan-rakan kerjanya, dia terus memanggil.
" Dayana! ".
Dayana menoleh. Dengan kerutan didahi bersama gerak bibir. Nak apa?
" Sini sekejap ".
Dayana dari jauh berborak sebentar pada mereka. Dan berjalan mendekati Amireen.
" Nak apa? ". Soal Dayana. Matanya silih ganti memandang Amireen dan seorang lelaki yang berusia dalam 40an. Lelaki yang dia nampak dalam dewan tadi.
" Dato' saya kenalkan ini pekerja baru saya. Dayang Nur Dayana dan Dayang Dayana, ini Dato' Tan Sri Tafiq penyelia Making Games Studio, MGS. Syarikat sebelah yang saya terangkan masa perbincangan tempoh hari pada awak ". Ujar Amireen.
Setelah itu barulah Dayana membongkok separa badannya, tanda hormat tatkala Dato' Tan Sri Tafiq menghulur tangan ingin berjabat tangan.
Apabila huluran tak disambut. Dato' Tan Sri Tafiq tergelak kecil dan menarik tangannya. Malu dengan kelakuan sendiri.
" Nama cantik persis orangnya ". Ujar Dato' Tan Sri Tafiq. Memuji wajah dan namanya.
Dayana tertunduk malu.
" I'm sorry if my question makes you feel uncomfortable. Are you married or not? ". soal Dato' Tan Sri Tafiq.
Dayana hanya tayang muka biasa. Tak pelik dengan soalan Dato' Tan Sri Tafiq.
" Saya tak kahwin lagi, Dato' ".
Dato' Tan Sri Tafiq tayang senyuman lebar.
" Wah alhamdulillah, bolehlah saya pinangkan Cik Dayana untuk anak saya ". Pelawa orang tua itu. Memang itulah niatnya tatkala pertama kali melihat wajah anggun jelita Dayana. Terdetik dalam hati mahu menjadikan gadis itu sebagai calon menantunya jika gadis itu setuju.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomansaBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...