HMD: 01

286 16 23
                                    

" DAYAN! ". Panggilan itu membuatkan aku makin terasa nak aje baling kasut tumit tinggi sepuluh inci ni, tepat mengenai dahi Atiqah.

Dayan. Ya itulah nama aku. Atau lebih tepat lagi, Dayang Nur Dayana Binti Syed Hattariaz. Walaupun aku dah banyak kali memberi peringatan untuk tidak panggil lagi dengan nama begitu, Atiqah tetap dengan pendiriannya.

Entahlah, aku tidak suka orang lain atau kenalan rapat menggunakan nama singkatan tersebut. Boleh sahaja mereka panggil Dayang ataupun sebut sahajalah Dayana. Apa susah.

Aku betul-betul tidak suka. Ia buat aku ingatkan seseorang, seseorang yang dah pun aku lupakan.

" Dayan, tunggulah! ". Jerit Atiqah termengah-mengah, mengejar langkah Dayana. Sebaik sahaja langkah Atiqah mula menyaingi langkah Dayana, barulah dia berjalan dengan baik. Rongga hidung mula mencari ruang untuk bernafas sekejap.

" Stop using that name. I don't like it ". Larang Dayana untuk sekian kalinya.

Dahi Atiqah berkerut seribu. Tidak faham dengan sikap kawannya yang satu ini. Pasal nama pun hendak jadi isu.

" So, what's the problem? Your name too, right? ". Balas Atiqah tidak puas hati.

Dayana memutar bola matanya ke atas. Malas hendak layan.

Sebaik sahaja sampai di cafe yang mereka hendak tuju. Dari jauh dia nampak satu lagi kawannya sudah duduk di meja yang selalu mereka lepak.

Sampai sahaja di situ, figura tadi terus berlari anak dan mereka saling berpelukan.

" Ya Allah, rindunya korang... ". Ujar figura tersebut. Dayana dan Liyana meleraikan pelukan.

Atiqah mencebik bibir seraya membuat memek muka menyampah.

" Seriously, we haven't seen each other in two months. Jangan nak mengada-ngada boleh? ". soal Atiqah.

Perempuan, biasalah kalau jumpa tidak sah kalau serupa seperti beruk. Terkinja-kinja, mengada.

" You tu sebenarnya cemburu sebab I tak peluk you ". Ajuk Liyana dengan menjelirkan lidah pada Atiqah. Makin bertambah berbulu dibuatnya.

" I tak cemburu langsunglah! ".

" Mengaku ajelah yang you pun cemburu kan? ".

" No! ".

" You cemburu ". Ajuk Liyana lagi.

Dayana hanya menggelengkan kepala. Sudah naik meluat melihat kehadiran mereka berdua sampai naik lali dengan semua tu. Tiap kali berjumpa pasti ada saja hendak di gaduh. Nanti aku hantuk dua-dua kepala baru tau.

Tapi tiap kali Dayana nak berbuat demikian, dia tidak sampai hati gamaknya. Sebab, merekalah yang selalu ada disaat dia perlukan sokongan dan bantuan.

Walaupun kadangkala, ada juga terselit sumpah seranah dan makian berbakul-bakul. Alhamdulillah, mereka langsung tidak mengambil hati. Sebaliknya hanya di balas dengan gelak ketawa.

" Dayan, you cerita dekat I tempoh hari pasal you nak cari kerja baru kan? ". Soal Liyana tiba-tiba teringat tentang perbualan mereka dalam group whatsapp tempoh hari.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now