HMD: 11

89 6 0
                                    

LIYANA keluar daripada bilik mandi, dengan siap berpakaian baju tidur. Sambil-sambil itu, tangannya lincah membalas pesanan mesej daripada Zaf.

ZAF
Macam mana dengan, candle light dinner
tak berapa jadi tadi tu? Okay ke?
Maaflah, tak sempat nak prapare apa
yang patut. Semuanya kelam kabut.
Itu aje yang sempat saya siapkan tadi

Liyana tersenyum lebar. Tak sempat siap? Huh! Candle light dinner tadi pun dah cukup buatkan perutnya, geli hendak ketawa.

Candle light dinner tapi atas meja penuh serupa macam nak mukbang. Ada ramen carbonara bersalut dengan cheese gulung, sushi homemade dan beef bibimbap. Semuanya, Zaf yang buat!
Entah bila masa lelaki itu, menyiapkannya pun, dia tak tahu.

Lelaki itu kata baru pulang daripada kerja dan ingin berjumpa, tahu-tahu semuanya sudah siap sedia. Walhal lelaki itu, pulang kerja 5:30 petang. Dan mereka janji untuk candle light dinner pukul 6 petang.

Sempatkah siapkan semua itu?

Ting!

Kemudian Liyana tersentak dengan bunyi notifikasi daripada Zaf.

ZAF
Dua tiga hari ni, jadual saya agak padat sikit.
Mungkin saya akan sibuk dan jarang nak
tengok telefon. Tapi InshaAllah, lepas semua
dah settle, hope awak tak keberatan nak
keluar dengan saya lagi :)

Isi mesej tersebut, Liyana baca dengan keluhan berat. Tiba-tiba pula rasa sedih. Sebab jadual kerjanya juga sama sahaja. Lusa dia mahu terbang ke Sarawak, ada projek baru yang perlu diselesaikan dan alang-alang ke sana. Dia mahu pulang ke kampung halaman sekali. Keluarga belah, ayahnya ada buat kenduri kahwin.

Jadi lepas sahaja kerjanya siap disana, maka dia perlu ke Kuching.

Liyana
Tak mengapalah, Zaf
Pasal candle light dinner tadi, semuanya ok aje
And about you, jangan risau. Saya faham
tentang jadual kerja awak :)

Tidak sampai berapa minit, bunyi notifikasi mencecah ruangan telinganya. Mesej sama daripada Zaf.

Zaf
Thanks you, sayang :)

Sebaik sahaja baca isi mesej tersebut, Liyana mengulung senyuman. Pipinya berona merah tatkala hujung mesej tersebut, menjadi bacaan ulang kalinya.

Sayang?

Comelnya!

Liyana mula mencapak telefon ke tepi dan dia mengambil bantal hello kitty lalu ditekap ke muka. Dia mula menjerit sekuat hati, bagi menghilangkan rasa blushing.

Indai kamek mok pengsan!

" Oi! You dah kenapa? ". Soal satu suara.

Terhinjut bahu Liyana tatkala suara itu tiba-tiba menyapa dirinya.

Liyana angkat muka, ingin melihat siapakah gerangan tersebut. Atiqah rupa-rupanya. Kemudian dahinya berkerut, pelik. Dari mana perempuan ni muncul? Dia nampak ke apa yang aku buat tadi?

Cepat-cepat dia meletakkan bantal itu ke tepi dan dia mula tersenyum kecil.

" Bila you masuk bilik I ni? ".

Atiqah mula menapak ke ruangan meja solek milik Liyana dan mula melabuhkan punggungnya disitu. Dia keluar-keluar bilik air tadi, nampak Liyana tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dan buatkan dia labelkan Liyana gila tatkala tengok gadis itu tiba-tiba menjerit sambil menekup muka.

Sudahlah dia sakit perut, membuang. Bila tengok Liyana begitu, membuatan dia nak membuang terus atas muka Liyana. Biar sedar diri sikit. Malam-malam dah serupa macam kena rasuk hantu setan.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now