HMD: 08

104 6 0
                                    

TABURAN bintang di dada langit, membuatkan dia teringat semula kenangan lama. Mulut berkeras cakap dah belajar melupakan. Tapi hati pula sebaliknya. Mana mungkin dia nak lupakan cinta pertamanya, Harris.

" Dayan, sayang, awak nak tahu tak, kenapa sebab saya terlalu sayangkan awak? ". Soal Harris tiba-tiba.

Dayana yang sedang makan aiskrim, menoleh ke arah Harris. Bersama mulut penuh dengan aiskrim dia bertanya.

" Nak tanya apa tu? ".

Harris tersengih lebar. Comel melihat muka Dayana dalam keadaan begitu.

" You always taught me about patience.  If we are always patient, we will get a great reward.  Your cuteness and uniqueness make me unable to look at anyone else because you are my everything.  Forever for every day.  I can't wait for our happy day.  It must be that time, I am the luckiest person to have you ". Ucap Harris penuh romantis.

" Saya sayangkan awak tau, Dayan. Don't try to find someone else behind my back.  If I knew, I would kill you.  Let others not get you.  Even your shadow, he will not be able to ". Ujar lelaki itu lagi. Terus Dayana ketawa.

" Sampainya hati awak nak bunuh saya ".

" Biarlah ".

" Entah-entah awak yang akan buat saya macam tu. Mana tahu, saya dah tak cantik lagi ". Tiba-tiba Dayana terfikir begitu.

Harris sudah berkerut dahi. Kini dia duduk mencangkung, menatap mata Dayana.

" Hey, why do you say?  It's not good you think of me like that ". Cepat sahaja Harris menindas. Mana mungkin dia mahu membuat begitu pada Dayana. Dayana adalah segala-galanya bagi dia.

Dayana tersenyum sebaris.

" Saya cuma curious aje tapi dalam masa yang sama saya selalu doakan yang baik-baik untuk awak. Semoga rezeki awak sentiasa melimpah ruah untuk cari rezeki nak halalkan saya ". Ujar Dayana. Kali ini dia tersenyum lebar. Memang itulah doa yang selalu dia doakan buat Harris.

" Thank you, Dayan ".

" Thank you for always being my backbone, my support.  Always there with me, thank you so much my future wife ".

Dayana tersenyum lebar lagi.

" Anything for you my biy ".

Entah berapa kali agaknya tubir mata itu mencipta butir manik jernih. Bersama setiap jatuhan airmata tersebut, terselit esakan tangisan.

Hakikatnya dia perlu terima bahawa Harris yang dia kenal. Bukan Harris yang dulu. Harris yang dulu selalu menjaga dan dahulukan dirinya.

Sejak lelaki itu mula berjaya dalam bisnes nya. Terus lelaki itu berubah 90 darjah. Layanannya juga sama. Harris dah mula tidak menunjukkan minat pada Dayana.

Selalu marah dan cepat sahaja lelaki itu rimas dengannya.

Kalau dulu dalam doanya, dia selalu minta pada Allah moga jangan bolak-balikan hati antara mereka. Tapi kali ini, doanya lain pula.

Dia berharap jika suatu hari nanti, Allah pertemukan dirinya dengan seseorang yang tepat. Yang dahulukan agama dan tak lupa pencipta-Nya. Dahulukan mak ayah dan keluarga barulah diri dan cinta. Dia berdoa juga semoga hatinya tidak terlalu berharap pada cinta manusia. Dan dia redha dengan ketentuan Allah. Letakkan sepenuhnya kepercayaan kepada-Nya.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now