DI hujung satu ruangan lelaki itu duduk menyandar, kepenatan. Penat melayan peminat-peminatnya semalam masih lagi terasa sehingga ke hari ini. Tidak sangka pula, ramai yang perasan tentang mereka.
Niat hanya nak lepak cafe sahaja kelmarin. Tahu-tahu, kena serbu dengan peminat. Ni semua gara-gara Najmi!
Kalau bukan sebab Si Pendek tu, aku dan Zaf tak akan kena serbu. Dah cakap dengan dia, tidak boleh lepak dekat cafe tu. Nanti peminat-peminat nampak.
" InshaAllah, tak akan nampak punya ".
Kepala petak dia!
Sah-sahlah kalau sudah pakai costume cosplay enemylove and war sebagai karakter Carl, Thomes, Xarives, Caleb dan Rafyel, memang kantoilah cerita dia. Mujur waktu itu tak ada karakter Zyne. Kalau ada ha memang kena menari trend viral joget tu. Tak ke lagi malu.
Zaf keluar daripada biliknya. Dia tersengih lebar melihat keadaan Khai dalam keadaan duduk sambil kedua tangan didepakan di sisi kepala sofa. Dengan kaki di silang dan kepala mendongak ke langit.
Ini betul-betul nampak keletihan ni.
" Kot iya pun kalau penat, Khai. Mandilah dulu. Ini dah serupa macam orang gila kutip sampah tepi jalan aje ". Sindir Zaf dengan gelak tawa. Sengaja nak mengusik temannya yang satu itu. Tapi kalau dia ambil gambar dan upload di Instagram. Pasti beribu-ribu peminat makin menggila.
Yelah Khai bertubuh tinggi lampai, berkulit putih langsat. Berambut lebat panjang dan sedikit keperangan. Bermata kelabu gelap dan bibir lelaki itu cerah bak merah tomato.
Kalau pakai costume cosplay sesekali pun, Khai tidak perlu solek berlebihan. Simple sahaja sudah memadai. Wajah lelaki itu dah cukup kacak walaupun tanpa seurat solekan.
" Bagilah aku masa lima minit sekejap. Aku betul-betul nak rehat ni ". Pinta Khai dalam keadaan matanya masih lagi terpejam rapat. Kali ini dia membetulkan posisi duduknya. Daripada duduk terus baring.
Zaf menggeleng perlahan. Suka hati kaulah, Khai.
" Eh Khai, sebelum aku terlupa. Masa kita pergi sign card semua peminat tu, aku ada tolong sorang perempuan ni tau. Kesian gila weh kat dia kena tolak dengan ramai budak-budak tu tempoh hari ". Kata Zaf, mengubah topik. Dengar sahaja tentang perempuan, mata Khai terus terbuka luas dan dari baringnya dia terus duduk semula.
Mendengar lebih lagi cerita tentang perempuan tersebut.
Dahi Zaf berkerut seribu. Ewah, dengar aje pasal perempuan, laju betul! Gumam Zaf dalam hati.
" Lepastu? ". soal Khai dengan teruja.
" Tangan dia berdarah. Kesian dia ". Mengenangkan tangan perempuan itu tempoh hari buatkan hati Zaf tertanya-tanya, gadis itu ok ataupun tak. Darah dia banyak kot. Bukan sikit, mesti pedih kalau nak makan atau terkena air.
" Kau nampak tak muka dia? ". soal Khai ingin tahu.
Zaf mencebik bibir. Terdengar keluhan terlepas pada mulut lelaki itu.
" Tak nampak sebab ramai orang masa tu. Aku pun cepat-cepat tolong lap dan balut tangan dia ".
" Kenapa aku tak perasan eh masa tu ".
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
عاطفيةBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...