HMD: 34

90 4 0
                                    

ZAF menghela nafas panjang. Buntu. Tidak tahu apa lagi yang dia hendak buat. Sebaik sahaja membaca mesej daripada Amireen. Dia segera pecut laju ke rumah lelaki itu.

Bila sampai disana, Dayana sedang menangis teresak-esak diatas bahu Balqis. Tanpa membuang masa, dia terus mengajak Dayana dan Balqis ke Airport.

Dibuntuti oleh Khai, Najmi, Haif dan Syah. Mereka juga terkejut dengan sikap drastik Amireen yang terus meninggalkan mereka begitu.

Sampai sahaja di Airport, mereka terus ke balai pelepasan. Papan tanda pelepasan ke Jepun, di cari dan di baca.

Zaf menghela nafas berat. Dengan perlahan dia memutar badannya menghadap Dayana yang di papah lemah oleh Balqis.

" Kita dah lambat dalam setengah jam. Miren dah pergi. Tak ada lagi pelepasan seterusnya selain pukul 2 pagi ". Jelas Zaf.

Mendengar tentang hal itu, laju sahaja airmata Dayana mengalir deras. Sampainya hati awak, Miren.

" Ikut jam mesej yang dia hantar. Kira-kira 8:30. Maknanya dia dah gerak dalam sejam yang lalu ". Jelas Zaf lagi. Sempat mengira masa yang mereka tinggal tadi.

" What going on? Kenapa Miren tinggalkan Dayana dan ke Jepun? Tell me now ". Sampuk Balqis. Apa yang jadi sebenarnya ni. Baba pun ke Jepun juga dan Amireen tinggalkan Dayana sampai macam ni.

Di pandamg satu demi satu muka mereka. Yang lain tidak berani mahu bersuara. Sebaliknya melarikan anak mata ke arah Zaf. Lebih baik biar Zaf sahaja yang bercerita. Lelaki itu sahaja yang tahu tentang hal tersebut.

Dayana juga memberi pandangan penuh tanda tanya.

Zaf menghela nafas berat. Encik Azman sudah berpesan kepadanya jangan hebohkan tentang hal ni. Tapi memandangkan dia tidak sanggup melihat wajah sedih Dayana dan timbul tanya kawan-kawannya, maka dia terpaksa ringankan mulut untuk bercerita.

Zaf meminta mereka semua bergerak ke Cafe. Lebih baik bercerita disana. Tidak terlalu terbuka dan tidak ramai orang. Mujurlah mereka akur dan masing-masing bergerak menaiki kenderaan mereka, bergerak terus ke Cafe.

Sampai sahaja mereka disana, barulah Zaf memulakan cerita. Tempat duduk yang selalu menjadi teman mereka lepak, menjadi pilihan.

" Aku tak tahu nak mulakan daripada mana tapi aku just bagitahu sekadar untuk korang faham ". Yang lain diam, tekun mendengar bicara Zaf yang seterusnya.

Zaf menarik nafas panjang.

" Orang kanan Miren seleweng duit syarikat almost trillion ringgit. Cukup perfect buat kerja sampai tak ada sorang pun yang sedar. Tahu-tahu aje, May rakan kerja dia bagitahu Encik Azman pasal hal ni. Dia takut nak bagitahu sendiri. Takut kena marah teruk dan di buang kerja. Korang pun tahu kan Miren macam mana? Syarikat dekat Jepun tu betapa pentingnya bagi dia ". Jelas Zaf.

Masing-masing mengucap panjang. Dayana pula diam menyepi. Dalam hati, terbit rasa kasihan pada suaminya.

" Setan kaparat betul si Bakri ni. Tak sangka sanggup tikam belakang Miren. Tak reti bersyukur, Miren dah tolong dari segi makanan, rumah, kereta sampai mak ayah dan adik beradik semua Miren yang tanggung. Ini ke yang Miren dapat? Shibal betul ". Ujar Najmi geram. Panas pula hatinya mendengar. Kalaulah Bakri itu ada depan matanya, pasti teruk dia kerjakan lelaki itu. Memang tidak tahu kenang budi.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now