HMD: 07

127 9 3
                                    

GELAK ketawa mereka bertiga bagai tiada seperti hari esok. Walaupun topik tidak begitu menarik, yang pasti lucu atau tidak. Tetap kena gelak.

Dalam keasyikan sibuk ingin masuk ke dalam satu gudang kedai tiba-tiba Liyana menghentikan langkah Dayana.

" Dayan, I think we have to find another store ". Ujar Liyana sambil-sambil matanya meninjau keadaan dalam gudang kedai tersebut.

Dayana tidak beranjak tapi dia juga sama persis Liyana. Memanjangkan leher untuk tengok apa yang Liyana tengok.

" There is nothing there. Let's go ". Liyana ingin menarik tangan Dayana. Dengan cepat gadis itu menepis lembut. Dalam kedai itu dia nampak seseorang.

Seseorang yang dia kenal.

Tanpa betah berlama, Dayana terus menapak masuk ke dalam gudang tersebut. Dapat ditangkap oleh telinganya, yang gadis itu sudah maki makian.

" Shit! ".

" Damn ".

Dia nampak Harris. Harris sedang berpegang tangan dengan seseorang gadis lain. Jelas terpancar dimuka lelaki itu, bahagia yang selama ini bukan dia tunjukkan di hadapannya.

Harris bahagia?

Senyuman lelaki itu cukup melebar tatkala bersama gadis itu.

Entah kenapa sepanjang derapan kakinya, bagai magnet kuat menarik diri untuk sukar berjalan. Empangan tubir mata mula membuat takungan. Debaran didada kian semakin menendang kuat.

" Harris? ". Suaranya bergetar namun cukup untuk dua orang dihadapannya itu menoleh.

Harris dengan muka terkejutnya dan perempuan itu pula menayang wajah tanda tanya.

" Biy, who is this? ". Soal perempuan itu.

Biy? Panggilan yang dia gunakan buat Harris.

" Entah, I tak kenal ".

Alangkah remuknya hati Dayana kini apabila kata-kata Harris itu menyentuh gegendang telinganya. Harris tak kenal dirinya?

" Sampainya hati awak buat saya macam ni, Harris ". Bersama getaran dibibir juga jatuh airmata yang bertakung tadi.

" Majlis kita tinggal berapa minggu sahaja Harris. Tergamaknya awak buat saya macam ni ".

Kini perempuan itu pula tayang muka. Ingin meminta penjelasan lanjut daripada Harris.
Harris memberi isyarat untuk perempuan itu tenang.

" Aku dah ada orang baru yang jauh lebih cantik dan baik daripada kau ".

" Aku tak mahu lagi menjalinkan cinta dengan kau. Kita putus sahaja ".

" Aku tak cintakan kau lagi, Dayan ".

Pap!

Hati Dayana remuk. Hancur berkecai tatkala mendengar bicara Harris tadi. Airmatanya laju membasahi pipi. Sehingga terbentuk satu aliran sungai.

Dia hilang pertimbangan untuk berdiri, hampir sahaja mahu menyembah lantai. Mujur Atiqah dan Liyana sempat menyambut dirinya.

Mata Dayana meluru pada tangan Harris yang mengenggam erat tangan perempuan itu. Hanya sesaat kemudian sebelum matanya kembali menatap wajah Harris.

Tapi Harris langsung tidak bersatu mata dengannya. Muka dia juga tak ada sikit pun perasaan yang ditunjukkan.

" 5 years of love, Harris. 5 years we live together. Happy and sad together. Share stories together. We complement each other. Your days are sprinkled with sweet words, sweet promises. How am I going to learn to live on my own after this, if you are the first to strengthen me. Macam mana saya nak latih diri saya lepas ni untuk belajar bahawa awak dah tak ada dekat sisi saya. You're my first love, Harris. You are considered the last for me too, how can I be strong? ". Dayana melepaskan segala tangisannya disitu. Dia tidak peduli jika orang lain pandang aneh. Hati dia betul-betul sakit.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now