JAUH dia merenung ke luar jendela. Jelas fikirannya kusut. Mencerna apa yang jadi semalam. Dia ingat, bila mengatakan tentang itu dapatlah membuatkan hati Atiqah, reda. Tapi bila dia lihat pagi tadi, ruang rumah itu kosong, bilik tidur Atiqah sudah pun kosong. Jelaslah yang gadis itu sudahpun ambil keputusan untuk keluar dari rumah. Balik ke rumah keluarganya.
Lebih mengejutkan lagi adalah bila mana kedua kelopak mata terbuka luas, capai telefon miliknya. Buka aplikasi whatsapp, terpapar satu notifikasi daripada group kawan-kawannya.
Spill The Greentea🍵
Atiqah leftSetiap kali ada masalah atau salah satu daripada mereka bertiga bergaduh. Pasti akan terjadi hal seperti ini. Dari zaman sekolah rendah, menengah sampailah masing-masing dah bekerja. Jadi dia dah masak dengan perangai masing-masing.
Bila dah mula berbaik dan semuanya kembali pulih. Mereka akan masuk semula ke dalam group itu.
Untuk sekian kalinya, dia menghela nafas panjang.
Di satu sudut lain, ada yang sedang memerhati kelakuan gadis itu. Sekejap menunduk pandang secawan air, sekejap tengok semula ke luar jendela. Entah apa yang bermain di dalam fikiran itu.
Lama dia mendiamkan diri, memerhati tingkah laku gadis itu.
Perlahan-lahan langkah kaki mula masuk menapak ke arah gadis itu. Dia berdiri statik disitu. Pandangan matanya beralih arah pada tempat yang gadis itu sedang lihat.
Oh... tengok kucing rupanya.
" Ambillah mereka bawa balik, bela ".
Dayana tersentak. Lantas dia menoleh ke arah empunya suara tersebut. Hafiz ternyata.
" Hafiz, awak buat apa kat sini? ". soal Dayana. Rasanya tadi dia tak dengar pun ada orang ketuk pintu. Malah bunyi orang masuk pun dia tak dengar.
Malahan Amireen tak menjawab pertanyaanya. Bahkan anak mata lelaki itu, fokus memerhati tingkah laku, lincah anak-anak kucing di dalam ruang bilik hadapan tersebut.
Sengaja dia ciptakan ruang tersebut untuk Si Bulus, melepak, bermain di dalam ruang tersebut. Ramai pekerja dia tinggalkan Si Bulus mereka disini. Ada yang tinggalkan terus, ada yang lepas habis shift mereka, bawa pulang ke rumah.
Ada kala juga, di mana kucing-kucing jalanan yang terbiar di luar sana. Juga di ambil dan di pelihara. Dadipada rupa buruk tak terurus sampailah cantik comel di tangannya.
Bila pekerja dia mahu ambil seekor atau lebih, dia bagi sahaja tapi dengan syarat. Haruslah menjaga mereka dengan baik-baik. Jangan seksa atau biarkan mereka sakit. Tapi bila mereka menyakinkan dirinya, barulah dia benarkan Si Bulus itu di bawa pulang oleh mereka.
" Kau suka kucing? ". soal Amireen tiba-tiba tanpa melihat wajah Dayana. Dia tekun melihat kelincahan Si Bulus-bulus itu. Terbit sengihan melebar pada bibir lelaki itu.
Dayana juga seperti tadi, langsung tidak melarikan anak matanya daripada terus melihat kucing-kucing tersebut. Ada yang sudah beranak pinak. Ada yang masih kecil dan ada juga yang sudah dewasa.
" Suka cuma saya takut nak pegang. Geli ". Jawab Dayana. Langsung ketika itu, Amireen menoleh ke arah Dayana. Dahi lelaki itu berkerut seribu. Wajahnya juga pamerkan riak tidak percaya.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
Roman d'amourBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...