CINCIN permata berbentuk rose and heart, pemberian Amireen tempoh hari lalu masih tersarung cantik lagi di tangan kanan Dayana. Tidak lupa juga, cincin simple belah rotan juga tersarung cantik di jari manis kirinya. Cincin tunang dan risik. Alhamdulillah, majlis pertunangan Dayana dan Amireen semalam berjalan dengan lancar.
Majlis itu dihadiri oleh kawan-kawan dan saudara mara yang terdekat. Hampir-hampir hendak pengsan juga semalam tatkala melihat begitu ramai sungguh keluarga belah Amireen. Yang jauh daripada Jepun juga datang memeriahkan lagi suasana majlis semalam.
Segala atur majlis semalam mama yang banyak kerah tenaga. Daripada makeup, pakaian tunang dan henna stylish. Semuanya mama yang uruskan. Mama ikut kehendak yang di minta. Hanya buat simple dan tidak terlalu menonjol sangat. Majlis pertunangan semalam, dibuat dekat rumah Amireen. Jadi sudah alang-alang ke sana, Dayana juga membawa semua barang miliknya pindah ke rumah sewanya. Kali ini, Dee juga turut sertai.
Ditengah-tengah dapur, Dayana melihat gambar-gambar bertunang semalam yang dirakam oleh Zaf, di lihat satu demi satu.
" Handsome nya bakal tunang saya ". Gumam Dayana seraya bibir naik menyukir senyuman lebar. Gambar milik Amireen berdiri solo atas pelamin yang dirakam oleh Zaf secara candid, ditatap lama oleh Dayana.
Amireen sungguh kacak dan maskulin mengenakan baju kurta berwarna maroon. Ditambah dengan kulitnya yang putih cerah, rambut coklat keperangan dan bermata coklat hazel itu. Sungguh kacak!
Teringat kembali moment semalam, di mana keluarga Amireen dan keluarganya menyakat, dirinya.
" Tempoh masa bertunang kamu tak lama. Seminggu tu pejam celik, pejam celik sahaja. Jadi segala urusan kamu berdua. Mama dan papa akan uruskan. Ingat, dalam tempoh ni juga kamu berdua tak boleh kerap sangat berjumpa. Lebih-lebih lagi kalau berdua sahaja. Tak baik, macam-macam hal buruk akan berlaku. Darah manis. Jangan keluar kalau tak ada urusan penting ". Sempat Puan Deviana berpesan pada anaknya dan bakal menantunya.
" Lepas khawin baba belanja pakej honeymoon ". Sampuk Encik Arman pula.
" Bagus juga idea tu, pergilah kamu berdua honeymoon puas-puas. Tugas kita sebagai orang tua pula hanya terima cucu daripada mereka. Tak begitu, man? ". Celah Encik Syed Hattariaz. Gelak sakan Encik Arman dan papanya itu.
Amireeen dan aku, sama-sama tunduk malu. Berubah rona muka masing-masing semalam. Balqis dan kawan-kawannya turut sama mencerlah. Amboi bukan main lagi mereka semua ye. Lebih-lebih lagi Khai.
Dia orang yang paling seronok, sakan kenakan orang. Bila Amireen membalas, ha diam membisu terus.
Bertukarlah topik tentang Khai pula. Bila mahu masuk meminang Balqis. Kesudahannya, kedua-dua mereka diam membisu, tertunduk malu.
Akibat terlampau leka menatap gambar Amireen, sampai dia terlupa tentang maggie kari yang berada di atas dapur, menggelegak sehingga tumpah airnya terkena atas dapur gas.
Dayana berlari anak dan cepat-cepat mematikan api dapur gas.
" Ya allah maggie aku dah lembik! ". Gumam Dayana sendiri, cuai kerana terlampau leka. Bersama muka cemberut, tangan kiri mencekak pinggang dan tangan kanan naik memicit dahi, dia menghela nafas berat. Sudahlah hanya itu sahaja maggie kari yang tinggal. Yang lain sudah dikerjakan habis oleh Dee, Liyana dan Atiqah. Dia orang buat mukbang makan depan television tengah malam, semalam. Layan cerita hantu!
" Maggie dah tak boleh nak makan. Sekarang kau nak makan apa? ". soal Dayana pada diri sendiri. Dia menghela nafas. Alahai kempunan nak makan maggie.
Dayana mundar mandir sambil tangan naik menyentuh pelipis dahi. Barang dapur dah habis. Semuanya.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...