MAJLIS khatam Al-Quran, malam berinai semuanya selamat berjalan dengan lancarnya. Tibalah masanya untuk dua pasang merpati sejoli itu diijabkabulkan. Amireen segak berbaju melayu putih bersampin keemasan manakala Dayana pula cantik mengenakan kurung putih bersulam manik silver dikelilingi hujung bajunya.
Macam apa yang dia dan Amireen request pada mama, Puan Deviana. Begitulah yang mereka dapat sekarang. Tapi jauh lebih daripada apa yang dia harapkan. Cantik dan menarik sungguh hasil rekaan mama.
Setelah siap Dayana didandankan oleh seorang jurusolek yang bernama Syakila. Dee, Liyana dan Atiqah berlari anak masuk ke dalam bilik Dayana. Tak sabar-sabar mereka mahu berborak dan merakam gambar Dayana.
Gadis itu sungguh cantik. Naik seri terus wajah Dayana apabila bersolek seperti itu.
" You bakal off market a few more minutes. Look how beautiful you are. Sumpah I cemburu tengok kecantikan you. Sudahlah natural pretty, makeup simple macam ni pun. Helok sangat nyah! ". puji Liyana teruja. Serius dia yang perempuan pun terpegun tengok wajah cantik Dayana.
Walaupun dia selalu nampak wajah Dayana bersolek. Tapi hari ini, wajah Dayana bertambah-tambah makin cantik. Seri pengantin orang kata.
Atiqah dan Dee mengangguk mengiyakan. Mereka pun tidak tahu mahu kata apa. Yang pasti, Dayana betul-betul nampak cantik.
Lebih-lebih lagi, bertudung putih, veil pendek dan mengenakan crown simple diatas kepala.
Macam-macam juga yang mereka dengar jurusolek tadi, memuji wajah cantik Dayana.
" Bulu mata awak memang panjang dan lentik. Jadi saya tak perlu tambah bulu mata palsu lagi. Kening awak pun, lebat dan panjang. Saya hanya kemaskan dan sisirkan ia rapi sahaja ".
" Suka saya tengok muka awak ".
" Tak puas nak pandang sekali. Mesti nak tengok berkali-kali ".
" Untung bakal suami awak dapat perempuan cantik macam awak ni ".
Berbagai-bagai pujian yang mereka dengar tadi. Alahai kalau boleh hendak sahaja jatuh pengsan di depan pintu itu. Jurusolek itu pun tidak mahu menjaga hati mereka. Hormatlah kak kami semua yang dekat sini belum ada yang masuk meminang lagi.
Mekap yang dipilih oleh Dayana adalah look sweet peach pink. Ditambah extra eyeliner putih di kelopak mata agar menampakkan lagi besar mata gadis itu.
Tiba-tiba rasa macam nak kahwin pula. Oh Zaf, bila kau nak masuk meminang?
Sempat Liyana berseloroh dalam hati.
Dayana tertawa kecil.
" You jangan nak puji I lebih-lebih, Yana. You suruh Encik Zaf masuk meminang cepat-cepat. Barulah boleh join 'Welcome to the club' ". balas Dayana. Dia dah nak kahwin, kawannya yang satu ini entah bila. Dengar-dengar mereka nak bertunang dahulu tapi tidak ada tanda-tandanya pun. Tahu-tahu dia dan Amireen yang jalan dahulu.
Liyana menghela nafas panjang.
Tiba-tiba rasa malas nak bahas tentang Zaf. Lelaki itu sekarang sibuk kerja. Keluar pun sudah jarang sekali. Mesej dan call pun susah nak angkat atau reply." Nanti-nantilah I kahwin. Yang penting you dah lepas ". jawab Liyana acuh tidak acuh. Tidak mahu bercerita tentang hal dirinya. Biarlah nanti dia dan Zaf pandai-pandai uruskan.
Mendengar tentang hal tersebut, Atiqah pula berwajah muram. Dalam bertiga, dia seorang sahaja yang single. Belum berpunya.
" Untunglah kawan I sorang lagi dah off market and on the way getting married. Yang sorang lagi, dah ada boyfriend and for sure, anytime boleh tunang dan berkahwin. I ni, tak ada seorang pun yang nakkan I ". Ujar Atiqah bersedih.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...