" AYANG? ". Mata Amireen jatuh pada susuk tubuh Dayana. Isterinya itu terus datang menerpa lalu memeluk tubuh Amireen. Terdorong tubuh tinggi itu ke belakang. Lantas cepat-cepat Amireen membetulkan posisi tubuhnya.
Dia membiarkan sahaja Dayana memeluk tubuhnya, lama. Setelah itu barulah tangannya naik membalas pelukan Si Isteri. Ubun-ubun isterinya di kucup lembut. Melepaskan rasa rindu.
Dayana meleraikan pelukan. Tubi matanya basah dengan airmata. Dia menonggak memandang ke arah Amireen. Polos sahaja reaksi lelaki itu.
Geram punya pasal, Dayana terus menumbuk dada bidang milik Amireen. Terus lelaki itu berubah kaget.
" Why ayang? What's wrong with you? ". Laju sahaja Amireen menyoal. Tiba-tiba aje Si isteri memukul dadanya. Mujurlah tangan Dayana kecil. Tidak terasa apa-apa. Macam kena tumbuk dengan span sahaja.
Dayana mengetap gigi, geram.
" Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa tak balas mesej saya? Kenapa? Kenapa? ". Di tumbuk berkali-kali dada bidang Amireen. Berserta itu airmatanya jatuh kembali. Sampai hati Amireen buat dia macam ni.
Amireen menghela nafas panjang. Tangan kecil Dayana yang dari tadi, menumbuk dada bidangnya terus di genggam dan di bawa ke bibir. Mengucup lembut tangan kecil itu. Wajarlah kenapa gadis itu buat begitu.
" Ayang... ". Panggil Amireen lembut.
Dayana tidak menyahut. Sebaliknya dia hanya jatuhkan wajahnya, menyapa lantai. Tidak mahu pandang wajah Amireen, nak merajuk! Siapa suruh buat aku sedih? Ha rasakan.
Amireen senyum kecil.
" Saya tinggalkan awak dekat Malaysia semuanya ada sebab, ayang. Saya bukan saja-saja nak tinggalkan awak sorang-sorang ". Ujar Amireen lembut. Tidak mahu Dayana salah sangka.
Dayana cemberut.
" Yelah tu. Awak ignore mesej dan call saya. Awak tinggalkan bluetick aje. Isteri mana yang tak risau. Macam mana keadaan suami dia, sihat ke? Dah makan ke? Awak jahat! ". Balas Dayana geram. Dia sambung tumbuk dada Amireen lagi. Aku geram!
Amireen hanya gelak mengekek.
Comel melihat muka Dayana merah menahan geram.
Makin berapilah hati Dayana bila reaksi Amireen begitu.
" Ish! ". Di tumbuk dada kiri.
" Ish! ". Di tumbuk dada kanan.
Makin galak Amireen ketawa.
Dayana pejam mata. Menarik nafas dalam. Dia mengempalkan buku lima lalu menayangkannya pada perut Amireen. Dengan sekali layangan sahaja membuatkan Amireen tertunduk, terbantut.
" Aduh! ". Amireen menahan senak. Aduh mak, ni bukan tangan dah. Ni batu!
Dayana senyum sinis. Elok-elok tadi menangis, sekarang tak jadi menangis dah. Siapa suruh Amireen main-main? Kan dah mendapat. Alang-alang seminggu tidak jumpa, jadi makannya adalah kena tumbuk.
" Main-main lagi? Gelaklah lagi. Gelak. Saya tumbuk pula gigi awak tu! ".
Amireen membetulkan posisi badannya. Sakit pada perutnya dah hilang. Bukanlah sakit sangat pun cuma senak aje. Tapi sebab nak jaga airmuka Dayana, dia terpaksalah acah-acah sakit. Nanti kalau cakap tidak sakit. Mahu kena sedas terus. Silap-silap masuk icu. Tangan aje nampak kecil, sekali kena nanti, birat badan.
" Saya suka tengok ayang marah. Nampak comel ".
Dayana menjeling tajam.
" Meh sini saya tumbuk perut awak lagi ". Dayana menghampiri. Baru sahaja tangan ingin menayangkan lagi penumbuk. Cepat-cepat Amireen menahan. Dia tarik tangan Dayana lalu memeluk erat tubuh kecil isterinya. Mematikan tindakan isterinya.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...