HMD: 18

53 4 0
                                    

" Me. I told them. They found me and asked about you. Where do you live now, where have you been all this time? I bagitahu semuanya, Dayan. Maafkan I ". Ucap Atiqah. Sayu sahaja nada suaranya. Usai sahaja berkata, Atiqah menundukkan wajahnya.

Dayana pejam mata seketika. Cuba mencari kekuatan sebelum dia membuka mata semula. Dipandang satu demi satu, wajah mereka.

" Atiqah hanya bagitahu papa, Dayana tinggal di mana sahaja. Selebihnya, kawan papa yang bagitahu, Dayana kat sini. Dia nampak Dayana dalam gambar bersama dengan anaknya. Dia diamati semula, benarlah Dayana yang dia nampak ". Ujar Encik Syed Hattariaz setelah lama mendiamkan diri. Menjelaskan apa yang jadi sebenarnya.

Sewaktu itu dia sedang duduk menatapi wajah sang anak. Apabila mendapat panggilan daripada Azman, mengatakan dia nampak Dayana dan tak cukup itu dia hantar bukti gambar. Terus mereka semua bergegas ke sini. Bila mana menjumpai Atiqah, gadis itulah yang menceritakan segalanya. Dimana anaknya tinggal sekarang.

Tiba-tiba muncul pula tiga orang figura dan Amireen.

" Maafkan uncle sebab masuk campur. Tapi seelok-eloknya, Dayana bincang baik-baik dengan keluarga. Tak elok kalau lari daripada masalah. Tak akan selesai ". Sampuk Encik Azman. Disebelah Encik Azman, muncul Amireen. Mengukir senyuman nipis untuk dia.

Dayana menghela nafas panjang.

" Pulanglah kakak, pulanglah ke rumah kita. Papa tak akan marah kakak lagi. Papa tak akan desak kakak lagi. Papa akan ikut cakap kakak, papa akan dengar cakap kakak ". Rintih Encik Syed Hattariaz bersama empangan air mata yang jatuh mencurah ke pipi. Macam apa yang dikatakan sebelum ni pada isterinya. Dia tak mahu lagi mendesak anak-anak mereka, mengikut kehendaknya. Dia akan terima semua keputusan anak-anak asalkan mereka ada dengan dia. Itu sudah cukup.

Hilang anak seolah-olah hilang seluruh nyawanya. Kalau dulu, Dayana acap kali datang menyinggah ke rumah mereka, sibuk macam mana sekalipun. Dayana tak lupa pada keluarga. Tapi sejak haritu, Dayana langsung tak kunjung mereka. Jadi wajarlah mereka tahu bahawa Dayana benar-benar terasa hati dan kecewa pada mereka.

" Pulanglah nak...mama rindu dengan kakak ". Akhirnya Puan Deviana mengeluarkan suaranya. Sedari tadi hanya menangis.

" Baliklah, ye kakak. Balik ke rumah kita ye? ". Pujuk Dee pula.

Sudahnya ketiga-tiga ahli keluarganya pandang Dayana dengan empangan masing-masing tumpah dengan airmata. Luluh hati Dayana tatkala melihat mereka merayu dan menangis.

Empangan air matanya yang dari tadi ditahan sedaya upaya akhirnya tumpah juga. Dia tak sanggup nak biarkan ahli keluarganya menangis. Dia tak sanggup!

" Stop crying, enough! ". Dayana berhenti seketika. Dia mengambil ruang udara, bernafas dengan tenang. Membuang rasa sedih dalam dirinya.

" I'm the one who went. I ask everyone to allow me this time, to give me space once again to calm down.  Make up my own mind.  When everything is back to normal, I will contact you all. Saya akan balik sendiri. Saya akan balik. InshaAllah saya akan pulang dengan sendirinya ". Tutur Dayana lembut. Jelas getar dalam nadanya.

Kalau papa dan mama pujuk kakak untuk pulang ke rumah sekarang. Maaf kakak tak ada kekuatan untuk pulang ke sana semula. Kakak takut, kalau-kalau Harris datang balik. Kakak dah lupakannya, kakak takut kalau nampak Harris lagi, kakak akan ubah fikiran. Hanya itu sahaja yang dia mampu berkata dalam hati. Tak berani nak meluahkan.

Itulah hakikatnya, dia lari dan tak pulang ke rumah. Takut selalu Harris datang kunjungi dirinya dan melakukan hal yang tak dijangka. Sebab itu dia di Kuala Lumpur ini. Mulakan hidup baru, kerja baru, duduk di tempat baru. Gara-gara mahu lupakan kisah dia dengan lelaki itu!

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now