HMD: 28

48 3 0
                                    

HARI ini dia terpaksa pergi fitting baju kahwin seorang diri. Tiada Amireen. Hanya dia seorang sahaja. Mujurlah pergi butik milik mamanya sahaja, Puan Deviana.

Sebaik sahaja Dayana masuk ke dalam butik pengantin tersebut. Puan Deviana mengukir senyuman lebar. Dia terlalu teruja hari ini kerana guest istimewa adalah anak perempuan sulungnya. Siap jadikan vip dan tiada pelayan seterusnya. Hanya fokus pada Dayana.

Pelbagai idea yang sudah mencurah-curah dalam benak fikirannya, nak dipakaikan pada Dayana nanti. Alhamdulillah, segala borang-borang nikah dan sebagainya telah siap sepenuhnya. Tinggal gubahan pelamin dan busana pengantin sahaja.

Pejam celik, pejam celik. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi anak sulungnya itu bakal bertukar status, menjadi milik orang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

" Mana Miren? Kamu datang sorang aje ke? ". soal Puan Deviana sebaik sahaja melihat Dayana seorang sahaja yang masuk ke dalam butik pengantinnya. Kepala tinggi meninjau-ninjau kut-kut bakal menantunya itu masuk lambat. Tapi sayang, pintu gelangsar itu tidak ada tanda-tanda seseorang daripada luar ingin masuk ke dalam.

Dayana tersenyum nipis. Lambat-lambat dia menjawab soalan mamanya.

" Miren ada hal urgent. Meeting dengan klien pagi ni. Sebab tu kakak datang sorang aje ". Balas Dayana perlahan. Teringat semua mesej Amireen pagi tadi.

Amireen
Saya tak dapat nak teman fitting baju
Awak pergi sorang dulu. Sorry...
Meeting urgent :)

Puan Deviana mengangguk mengerti. Faham dengan pekerjaan bakal menantunya itu. Tapi tidak mengapa, nasib baik dia sudah ambil ukuran badan Amireen tempoh hari. Jadi senang dia mengagak sahaja. Nak-nak tubuh Amireen itu tidak lah terlalu payah sangat. Maskulin gitu. Senang dan mudah kerjanya.

Dayana menapak ke arah kerusi guest. Dia melabuhkan punggungnya disitu sambil mendengar bicara Puan Deviana tentang majlis perkahwinannya nanti.

Tema yang dipilih oleh mama ialah fairytale. Sesuai dengan permintaan Dayana. Ala-ala fantasy.

Malam berinai pula, tema bakal pengantin gaya ala-ala kampung. Berbaju kurung kedah dan berbaju kurta bagi yang lelaki. Persalinan baju pengantin pula, mama pilih 2 baju.  Pakaian Tradisional Jepang, mengikut adat keluarga belah Amireen dan pilihan terakhir adalah busana moden.

Baju untuk nikah pula, Dayana request pada mama, nak yang simple sahaja. Tidak mahu terlampau over sangat. Mujur mama ikutkan sahaja.

Mama bercadang mahu membuat majlis perkahwinan mereka di hotel. Mujurlah keluarga Khai ada satu hotel ternama dan mereka bakal membuat majlis disitu. Hotel tersebut di sponsor oleh keluarga Khai.

Dayana masih lagi begitu. Tekun mendengar sehingga dia kembali teringatkan hal semalam. Merajuk dengan Amireen!

Mujurlah lelaki itu pandai memujuk dengan memasak pelbagai hidangan makanan. Antaranya, tomyam campur, paprik dan Laksa Sarawak. Tidak lupa juga, lelaki itu mengubah buah buahan berbentuk hati dan rose's. Dihiasi diatas piring putih dan dicalitkan sedikit sos colek buah tertulis gomen nasai ( maaf )

Alahai comel sungguh.

" Kakak, kamu dengar tak apa yang mama cakap. Mama tengah cakap dengan kamu ni". Tegur Puan Deviana. Orang sibuk bercakap dengan dia, boleh pula dia berkhayal. Tersengih-tersengih macam kerang busuk.

" Orang sibuk bercerita, dia pula tersengih-tersengih macam orang gila. Berkhayal apa? ".

Dayana tersengih kecil. Erk dia tengah senyum ke tadi?

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now