HMD: 12

77 6 0
                                    

LIPATAN baju terakhir diletakkan dalam beg bagasi merahnya. Segala barang penting juga tak dilupakan. Dia masukkan ubat-ubatan juga. Sebagai tanda persediaan kalau dia sakit kepala atau demam ke. Memandangkan dekat sana nanti dia terpaksa terdedah dengan aktiviti panas. Jadi memang kena bawa. Wajib.

" Berapa hari you kat sana nanti? ". soal Dayana di muka pintu. Tercegat macam patung sambil berpeluk tubuh. Matanya memandang segenap ruang bilik tidur Liyana. Bersepah. Penuh dengan baju-baju dan barang-barangan lain. Setelah itu, dia terus masuk sahaja ke dalam bilik tersebut. Melabuhkan punggung diatas katil sebelah Liyana.

" InshaAllah lama kot. Maybe dalam seminggu lebih. I nak ambil cuti terus lepas habis kerja dekat site ". Usai selesai masukkan segala barangannya, dia letakkan beg bagasi itu ke bawah.

Dayana mengangguk-angguk faham.

Liyana membalikkan tubuhnya menghadap Dayana. Tangan kecil gadis itu diraih lembut. Mata bertemu mata. Sebelum memulakan topik ni, dia sempat lagi menghela nafas panjang.

" Sepanjang I tak ada kat sini nanti. I harap you dan Atiqah. Jaga diri baik-baik. Korang jangan selalu gaduh sangat-sangat. Nanti tak ada siapa yang nak leraikan ". Sempat dia ketawa kecil. Entah bila diingatkan balik, pergaduhan kecil antara Dayana dan Atiqah benar-benar mencuit hatinya. Tak ubah macam anjing dengan kucing. Kalau mereka bergaduh pun, dialah yang selalu leraikan. Nasihat.

Dayana juga meletus ketawa. Dalam banyak-banyak benda. Isu itu pula yang Liyana bangkitkan. Dia dan Atiqah bukannya gaduh teruk mana pun. Alah cakap pakai mulut tepuk tampar manja-manja aje. Mana ada sampai sepak teranjang. Orang putih kata apa? Love language. Gitu...

" I minta maaf sebab kali ini, you betul-betul kena tolong I. Esok bila I dah fly ke Sarawak. You kena ambil tugas I, tolong tengok-tengokkan Zaf. Dia suka sangat dengan masakkan I jadi boleh tak you tolong I masakkan untuk dia? ". soal Liyana dengan kening terangkat sebelah. Berharap yang Dayana akan setujui. Tapi apabila melihat reaksi Dayana, Liyana menghela nafas panjang.

Rahang Dayana jatuh. Dia mengeleng kepala laju. Mana boleh dia bagi Zaf rasa masakkan dia. Cukuplah dia hanya tahu masak untuk diri sendiri aje. Nak bagi orang rasa masakkannya? Huh, lambat lagi!

" Mana boleh! I tak nak! Sumpah I tak nak buat. Lagipun dia boyfriend you, mana mungkin I nak bagi rasa air tangan I pula. Merepeklah! ". Dayana berdecit. Dia tak nak buat kerja gila. Macam mana kalau Zaf...

Cepat-cepat dia mengeleng kepala laju. Menyusir fikiran negatif dari fikirannya.

" Kalau you suruh tengok-tengokkan, Zaf dekat tempat kerja. Jadi mata-mata you yang itu I boleh buat. Tapi masakan makanan untuk dia. I memang tak boleh buat, Yana ". Sambung Dayana lagi.

Liyana mengangguk kepala perlahan. Dia tersenyum kecil. Dah tahu jawapan apa yang bakal dia dengar. Jadi dia tak salah. Maka benarlah apa yang dia rasa tadi. Dayana tak akan ambil risiko.

" Sorry, I cuma terfikir yang you aje paling rapat dengan Zaf. Sebab itu I tak terfikir langsung soal ni. I tahu you tak akan nak buat pun ".

" Memanglah, sebab dia boyfriend you. Bukan boyfriend I ".

" Thank you ".

" Sekejap! Sebelum tu, I nak nasihatkan dekat you. I don't promise, I can always watch Zaf for you. If it's close to work, it's fine, but if it's outside of work. I'm not sure. But why don't you try to put your confidence and trust in him. You know what he's like, right? You are his girlfriend, you must know and know him better than me. I'm just his work friend. So you trust him. I'm sure Zaf won't hurt your back either ". Pesan Dayana. Dia yakin yang Zaf tak akan sesekali nak buat benda bukan-bukan pada Liyana. Sedangkan dia tahu, Zaf itu baik orangnya. Ramah dan baik budi perkerti.

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now