DUA cawan air, nescafe panas masih lagi tidak terusik sejak Puan Deviana meletakkannya tadi. Sengaja dibiarkan sejuk terlebih dahulu.
Puan Deviana menghela nafas panjang tatkala punggung baru dilabuhkan bersebelahan Encik Syed Hattariaz. Air dalam gelas kaca putih itu dilirik seketika sebelum kembali memandang semula ke arah suaminya.
Entah apalah yang Si Suami itu kusyuk melihat telefon pintar sambil tersenyum lebar.
" Abang tengok apa tu? Dari tadi, Vi tengok abang tersengih-sengih macam kerang busuk ". Ujar Puan Deviana. Sempat dia memanjangkan lehernya melihat isi telefon tersebut. Namun dengan cepat Encik Syed Hattariaz mematikan skrin telefon itu. Dia menggeleng kepala perlahan.
Dari nada Puan Deviana itu, sudah dia jangkakan yang isterinya itu sudah bersangka buruk. Jika isterinya itu menafikan pun, dia tetap tahu perangai isterinya itu bagaimana.
" Tak ada apalah, Vi. Abang cuma tengok gambar anak-anak kita masa kecil. Gambar Dayan jadi main character dua bulan lalu. Tak sangka, anak-anak abang sekarang ni, semuanya dah besar. Dah capai cita-cita mereka ". Balas Syed Hattariaz, jujur. Dalam pada bercerita teringat kembali memori-memori tentang dua anak perempuannya.
Dibelai, dijaga, disayangi dengan dua tapak tangannya. Dan sekarang lihatlah, mereka berdua sudah besar panjang.
Puan Deviana mengangguk, mengerti.
" Itulah, Vi pun tak sangka anak-anak kita semua dah besar panjang. Terasa macam kita ni muda lagi ye bang ". Puan Deviana tergelak kecil. Bergurau senda dengan Si Suami.
Encik Syed Hattariaz pun turut tergelak kecil dengan gurauan Si Isteri. Faham dengan makna yang diberi.
" Ada-ada sahajalah kamu ni, Vi. Tapi walaupun abang dah 50an, abang masih handsome macam dulu lagi tau. Bezanya cuma perut sahaja yang membuncit ". Balas Encik Syed Hattariaz dengan sisa tawanya. Tak cukup dengan itu, dia menepuk-nepuk lembut perut buncitnya.
Puan Deviana menggeleng kepala. Mulalah tu, masuk bakul angkat sendiri.
Ketika itu, Dee muncul bersama secawan gelas air kosong. Tidak sengaja mendengar perbualan orang tuanya. Mana tidak, sampai ke dapur dengar dah topik perbualan tersebut. Nak tersembur air yang diminumnya tadi.
" Kalau papa handsome, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Bukan nak berlagak tapi memang anak-anak perempuan papa cantik pun ". Sampuk Dee. Waktu itu, dia sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelah Encik Syed Hattariaz sambil tersenyum lebar.
Encik Syed Hattariaz tergelak kecil.
" Betul, memang papa kamu tak dinafikan kacak, bergaya, baik, sopan santun budinya. Mama akui benda tu. Tapi, kalau setakat papa handsome tapi tak pandai mengayat mama buat apa. Huh, tengok mama sweet tau. Kalau bukan sebab mama, mesti papa kamu tak akan kahwin-kahwin sampai sekarang ".
Jatuh rahang Encik Syed Hattariaz ketika itu bila mana isterinya membuka kisah lama mereka.
Hampir nak meletus tawa Puan Deviana melihat wajah cemberut suaminya.
Dee apa lagi, bila Puan Deviana mula membuka kisah cinta mereka, makin seronoklah mendengarnya.
" Spill the tea, mama! ".
Puan Deviana mengerling ke arah suaminya. Ingin melihat reaksi suaminya. Encik Syed Hattariaz hanya tertunduk malu. Nak larang tak guna juga. Sebab hujung pangkal cerita nanti, isterinya itu tetap membocorkan juga rahsia itu. Jadi, dia biarkan sahaja isterinya memulakan topik perbualan itu.
Puan Deviana tersenyum lebar. Dia kembali memandang semula ke arah Dee. Menceritakan semuanya tentang kisah cinta dia dan Encik Syed Hattariaz.
Dari mula perkenalan sehinggalah mereka diijabkabulkan.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...