RAMBUT kecoklatan,perang itu diperkemaskan lagi dengan getah rambut berbentuk riben. Hanya separuh rambutnya sahaja yang diikat selebihnya biar sahaja lepas. Rambutnya yang sudah natural curl itu tidak perlu didandankan lebih-lebih. Cukup ala kadar sahaja.
Dia berbaju formal wears sahaja. Berseluar hitam berbaju t-shirt putih didalam dan dia terus menyarungkan jaket kotak-kotak halus, menyarungi tubuh. Setelah puas belek penampilannya pada pantulan cermin, dia mengambil pula perfume Bvlgari Rose Goldea Blossom Delight lalu disemburkan pada lengan dan lehernya. Cukup hanya tiga semburan.
Setelah puas barulah dia mencapai beg tangan kecil dan membawa diri terus turun ke tingkat bawah menuju terus ke kereta miliknya.
Saat masuk ke dalam kerete, bibirnya tersenyum lebar saat mengingati kembali kata-kata Liyana dan Atiqah semalam.
" Tomorrow is your first day in a new place. Sorry I can't send you. Tomorrow I have an important meeting with Mr. Joe. It's very important and I can't skip it. So I want you to be calm and good luck for your first job ".
" Goodluck and don't forget to find a new love for me! ". Sempat Atiqah berseloroh.
Dayana hanya membalas dengan memutar bola mata ke atas. Sekejap sahaja sebelum kedua-dua tubuh kecil itu menjadi tempat pelukannya. Senang hatinya apabila saat-saat begini, ada temannya yang sudi menyalur semangat dan bahkan tak henti-henti memberi kata semangat. Syukurlah hidupnya, diiringi dengan kawan-kawan yang baik-baik belaka.
Tanpa membuang masa, kereta tersebut terus menyebelah jalan.
Sampai sahaja di bangun megah tersebut. Anak matanya tidak henti dari mengalih pandangan. Cantik sungguh bangunan syarikat tersebut.
Ada satu parking kosong disitu, dia terus park keretanya. Jam tangan dipandang sekilas.
Ada lagi masa dalam 15 minit sebelum pukul 8 pagi. Dia tersenyum lebar seraya mematikan enjin kereta dan bergegas keluar. Melangkah kaki naik ke tingkat atas menggunakan lif yang tersedia ada.
Baru sahaja kaki hendak menapak masuk ke dalam lif. Ada pula seseorang dalam lif tadi merempuh dirinya sehingga kedua-dua mereka jatuh menyembah lantai.
" Aduh... ".
" Ah... ".
Kedua-dua mereka mengaduh kesakitan. Dayana menyentuh dahinya manakala lelaki itu menyentuh dadanya, sakit.
Lambakkan segala fail milik dia dan lelaki itu juga terbang menyentuh lantai.
" Maaf... saya tak sengaja ". Ucap Dayana, tanda sebagai maaf. Memang salah dia juga sebab main rempuh sahaja. Nak cepat punya pasal. Tangan cepat sahaja mengutip fail-fail tadi. Sempat dikerling jam ditangan. Lagi 5 minit.
" Tak... tak. Saya yang tak nampak. Saya minta maaf ". Ucap lelaki itu juga. Dia turut sama mengutip lambakan fail tadi.
" Are you new here? Because I've never seen your face before ". soal lelaki itu lagi.
Cepat-cepat Dayana mengangguk laju, mengiakan kata-kata lelaki tersebut.
" Ya... ya. Saya baru kat sini. First time ".
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomantikBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...